Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

8 December 2016

Trip Malaysian To Al Fayyum - Tasik Qorun - Kuil Qorun - Wadi Ar Rayyan, Mesir


Hari ke lapan di Mesir. Kami akan ke Fayyum dan melawat kawasan sekitarnya. Pagi ini kami menikmati sarapan terlebih dahulu sblm bertolak ke Fayyum pada pukul 8.40 pagi. Orait menu biasa org Arab. Meh layan buah delima yg merah menyala. 
Perjalanan ke Fayyum dari Cairo memakan masa 3 jam. Melayan pemandangan sepanjang ke sana. Ini ialah pemandangan tanah perkuburan orang Mesir yg pjg ditengah padang pasir. 
Satu lagi aktiviti yg menarik ialah pemandangan pasar di Foyyum. Tengoklah meriah meniaga mcm penjaja. Kelihatan anak itik dijual elok je dalam bakul tak lari ke sana ke mari. 


Al Fayyum (bahasa Arabالفيوم Fayyūmbahasa Koptik'Ⲫⲓⲟⲙ Phiom) merupakan kota yang terletak di sebelah tengah Mesir,  Kota ini adalah kota paling subur di Mesir
al-Fayyum berasal dari kata Alf Yaum yang bererti seribu hari. Ini kerana raja pada masa itu meminta Nabi Yusuf untuk memikirkan cara menangani tujuh tahun kekeringan yang akan melanda Mesir .  Nabi Yusuf ke al -Fayyum untuk menggali tiga selat yang meliputi selat bahagian barat, timur dan bahagian atas, hulu (upper, sha'id). Selat ini berfungsi untuk mengalirkan air dari sungai nil ke daerah Jaubah atau al-Fayyum ketika itu.  Dari penggalian tersebut, ada beberapa mata air yang sangat besar dan bersih yang kemudian menjadi sumber kehidupan masyarakat al-Fayyum . 

Dengan digalinya tiga selat tersebut, daerah al-Fayyum menjadi subur dan hijau, Sejak itu, kota tersebut dikenal dengan nama al-Fayyum, Kerana tugas tugas yg dijalankan oleh Nabi Yusuf ini sepatutnya dijalanksn dalam seribu hari tapi dapat dijalankan dalam masa yg lebih singkat. Tidak hairanlah sepanjang perjalanan kami nampak tanamsn dan pokok bukannya padang pasir berdebu. 


Kami singgah di Ain Silane Park. Disini ada satu mata air yg mengeluarkan air untuk penduduk satu masa dahulu sebelum ianya telah kering sekarang. Kami perlu membayar 3O LE untuk memasuki tempat ini bagi satu kumpulan ahli rombongan kami mungkin 2 LE untuk seorang. Kami mengunjungi sebuah kawasan dan disambut oleh tuan rumah dengan hidangan teh. Oh ye keadaan rumah merangkap kebun di dalam rumah. Majority penduduk sini dalam keadaan susah melihat kpd ekonomi mereka dan keadaan fizikal tempat kediaman mereka. 





                           


Destinasi seterusnya ke danau Qorun. Danau ini terletak berhampiran bandar al-Fayyoum. Tasik Qarun ini merupakan tasik air masin  Keluasan Tasik Qarun ini seluas 55,000 hektar, manakala tasik tersebut adalah merupakan sebahagian daripada harta-harta Qarun yang telah ditenggelamkan oleh Allah Taala.   Peristiwa ini berlaku kerana keingkaran Qarun untuk membayar zakat dan kesombongannya dengan harta yg banyak. 






Kami sempat ke bangunan yang disebut-sebut sebagai istana Qarun pula. Orait kena bayar 40 LE setiap orang.  Ada versi mengatakan istana dan ada versi yg mengatakan ia kuil. Tetapi, sejauh yang saya fahami, bangunan ini bukan istana Qarun. Melainkan kuil ibadat di zaman Yunani-Romawi. Ia dibina selepas tragedi Qorun. Kuil ini dipersembahkan kepada Dewa Sobek alias Dewa Buaya yang menghuni danau Qarun. Sebab itu, di dalamnya ada patung manusia berkepala buaya sebagai ikon utamanya.
Tour guide menunjukkan bilik bilik bawah tanah di bangunan itu bagaimana hasil korban untuk dipersembahkan kepada Dewa Sobek. 






Jom mkn lunch...laparnya dan wow nasi ayam penyet huhuhu dapat juga nasi kaler putih dan ada sambal. Tour guide Indonesia maka menunya Indonesia juga oklah kan. Kami semua makan sampai licin sbb at last dapat nasi putih dan ada rasa pedas.:) 

Kami makan di destinasi Wadi Al-Rayyan
 kami dikenakan bayaran sebanyak 40 LE setiap seorang. Restore sini jual air je makanan berat takda patutla tour guide saya kena usung makanan untuk lunch kami. Wadi Al-rayyan memiliki satu-satunya air terjun di Mesir.Sepanjang perjalanan menuju ke air terjun itu,kami mengambil kesempatan untuk bergambar di atas padang pasir yang terbentang luas umpama tiada penghujungnya


Orait tak jauh dari situ ada aktiviti bermain ski pasir hahaha..jadi kanak kanak riang ria bersama murid murid Mesir. Sewa papan luncur tu hanya 10LE sahaja. 

Setelah penat bermain kami kembali ke Cairo. Sebelum tu singgah dulu untuk dinner di restoran makanan Arab yg berhampiran. Ada satu menu ni kami minta roti tisu kita membayangkan roti itu tinggi seperti roti tisu kedai mamak di Malaysia rupanya sepwrti roti canai yg dipenuhi sos coklat di atasnya. Oh ye depan restoren ini terdapat KFC tetapi KFC disini saiznya kecil seperti drummet Ayamas Malaysia je. Dengan harga 21 LE untuk mendapatkan set lunch box. 


Saddiq...saddiq










No comments: