Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

31 May 2016

Intervensi Program Remaja Hebat 2.0 :Kehadiran Murid


 SENARAI JAWATANKUASA TASK FORCE
SMK CHERAS, KUALA LUMPUR
PROGRAM REMAJA HEBAT 2.0 (KEHADIRAN MURID)

PENGERUSI                                        : PN KAMARIAH BT ABU
TIM PENGERUSI                               : PN CHONG MOI LIAN (PK HAL EHWAL MURID)
TIM. PENGERUSI 2                           : EN MOHD  JAMIL BIN  ABD SAMAD
                                                                 ( PK TADBIR DAN KURIKULUM)
TIMB. PENGERUSI 3                        : PN MAZNAH BT MUSA (PK KOKURIKULUM)
TIM. PENGERUSI 4                           : EN RAHEMAN BIN  AHMAD (PK PETANG)
SETIAUSAHA                                      : PUAN NURHAIZA BT CHE MAT
AHLI JAWATANKUASA                  :  1. EN CHE MOHAMAD PADALI BIN CHE MAT
                                                                 2. PN ROZINANI BT AWANG
                                                                 3.  PN RAUDZAH BT A. RAHMAN
                 4. PN TENGKU LAILA SARI BT TENGKU JUSOH
                 5. PN NAFSAH BT MOHD SHAH



SENARAI PROGRAM/INTERVENSI
PROGRAM REMAJA HEBAT 2.0 (KEHADIRAN)

KOD SEKOLAH                   : WEB 0210
NAMA SEKOLAH               : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS, KUALA LUMPUR
PROGRAM KEHADIRAN MURID
BIL
ISU
PROGRAM/ INTERVENSI
SASARAN
PELAKSANAAN
1
Murid tidak hadir ke sekolah
Program Zoom In Murid
-Hati Ke Hati
Murid yang pernah menerima surat amaran ponteng sekolah
-          Intervensi kelompok bersama kaunselor
-          Soal selidik masalah ketidakhadiran murid
-       Sesi bersama Inspektor Polis Perhubungan Sekolah
-          Pelaksanaan  program 2 kali setahun
2
Murid tidak hadir ke sekolah
Program Zoom In Murid
-Cakna
Murid yang  tidak dapat dihubungi  ibu bapa melalui telefon
-          Lawatan ke rumah untuk berbincang masalah anak
Perlaksanaan: Minimum 3 kes sebulan
3
Tidak mengharapkan guru tingkatan semata-mata dalam pengurusan kehadiran murid
Program Zoom In Mentor

Semua guru di sekolah
-          Melantik mentor bagi setiap kelas bagi membantu guru tingkatan dalam pengurusan kehadiran murid
-          Kelas yang mendapat peratus kehadiran murid yang cemerlang 90%, guru tingkatan dan mentor akan diberikan sijil penghargaan secara individu.
-          Kelas yang dapat meningkatkan kehadiran selama 3 bulan berturut walaupun tidak mencapai 90% akan dianugerahkan sijil harapan. Guru tingkatan dan mentor kelas tersebut akan memperolehi sijil penghargaan individu.
-          Pelaksanaan setiap bulan
4
Menggalakkan lebih ramai murid mempunyai motivasi harian untuk ke sekolah
Program Zoom In Kelas
Semua murid
-          Kelas yang mendapat peratus kehadiran murid yang cemerlang 90%,akan dianugerahkan sijil kecemerlangan kehadiran kelas
-          Kelas yang dapat meningkatkan kehadiran selama 3 bulan berturut walaupun tidak mencapai 90% akan dianugerahkan sijil harapan
-          Pengumuman dan penyerahan sijil di tapak perhimpunan
-          Kelas terbaik kehadiran akan diberikan ganjaran lawatan di akhir tahun manakala kelas terbaik kehadiran tingkatan lima pula dapat mengikuti lawatan ke IPT setiap kali mendapat jemputan IPT.
-          Perlaksanaan setiap bulan
5
Murid tegar ponteng sekolah dan ponteng kelas
Program SPOT
“Sistem Pemantauan Orang Tertentu”
70 orang murid tegar sesi pagi dan petang yang pernah mendapat surat amaran ponteng sekolah dan ponteng kelas
-          Setiap murid ini diberikan kad SPOT berwarna merah. Setiap guru mata pelajaran akan menandatangani kad tersebut dan memberikan komen jika murid lewat masuk kelas.
-          Guru kaunseling mengawal murid ini melalui kad SPOT kerana setiap hari murid ini akan meminta tandatangan guru kaunseling sebaik tiba di sekolah untuk kehadiran ke sekolah
-          Guru kaunseling dapat mengesan komitmen murid melalui tiadanya tandatangan guru yang menunjukkan ponteng kelas atau komen guru.
-          Murid yang mempunyai perubahan yang baik akan diberikan kad SPOT berwarna kuning pada bulan berikutnya, dan seterusnya hijau pada bulan berikutnya yang menunjukkan perubahan positif. Murid ini mendapat ganjaran positif jika bertukar kad SPOT ke hijau.
-          Perlaksanaan  dan pemantauan secara harian.
6
Murid tidak hadir ke sekolah disebabkan masalah kewangan
Program Guru Penyayang
-30 orang
-          Bantuan duit pengangkutan ke sekolah
-          Bantuan makanan percuma di sekolah

7

Murid tidak hadir ke sekolah masalah psikososial


Program Minda Sihat
“Terapi Relaksasi”
“Terapi Aqua”
“Terapi Seni”

-          30 orang
-          Menjalankan terapi relaksasi dan intervensi Minda Sihat untuk  murid dapat hadir ke sekolah
-            Perlaksanaan  5 intervensi berkala
8
Menggalakkan lebih ramai murid suka ke sekolah
Program Sahsiah Unggul Individu Terbilang
-          Murid yang hadir penuh setiap bulan.

-          Murid terpilih akan diberi sijil penganugerahan kehadiran penuh
-       Perlaksanaan di akhir penggal pertama dan penggal kedua persekolahan




 Hari terakhir Mei
 Countdown Ramadhan..

30 May 2016

Perkampungan Ilmu SPM :Program JUARA Permata SMK Cheras





Perkampungan Ilmu program Juara Permata yang dijalankan dari 29 Mei hingga 30 Mei 2016 dijalankan di Singgah Santai Resort, Hulu Langat, Selangor anjuran Unit Bimbingan Dan Kaunseling. Saya selaku penyelaras program Juara, menganjurkan program ini atas ilham puan pengetua agar program ini merupakan program eksklusif untuk murid Juara yang sekolah target untuk mendapat 6A ke atas dan staraight A untuk SPM 2016. Hanya 15 orang sahaja murid sasaran Juara yang dapat hadir ke program ini manakala selebihnya ditawarkan kepada murid dari kelas aliran sains dan kelas aliran perakaunan yang boleh hadir ke program ini. Seramai 35 orang yang terlibat t, antara slot akademik ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Kimia, Prinsip Akaun, Sejarah dan satu slot mengenai Kemahiran Mencatat Nota dan Kemahiran Mengingat oleh motivator terkenal kemahiran belajar iaitu Osman Affan. Program ini diadakan sewaktu cuti sekolah dan dalam masa yang sama sekolah juga mengadakan kelas tambahan kepada murid ting 5 yang lain di sekolah bagi mata pelajaran tertentu.


Sesuai dengan tajuk program ini iaitu perkampungan, saya memilih resort yang terletak di dalam hutan dan berlatar belakangkan kehijauan alam dengan suara unggas berbunyi. Kolam renang yang besar di sini merupakan tarikan utama untuk murid bergembira dan dapat menjalankan riadah. Penceramah terdiri dari guru cemerlang, guru sekolah yang sudah mahir dengan mata pelajaran dan teknik menjawab soalan. Aktiviti banyak dijalankan dalam bentuk bengkel untuk menguji tahap kefahaman murid. Terima kasih kepada PIBG selaku penaja utama ! Terima kasih kepada koperasi yang sudi menyumbangkan tunai juga. Semoga murid yang terlibat memanfaatkan setiap detik masa berharga mereka di sini dan atas usaha guru-guru yang menjayakan program ini. Maklumlah pendekatan pengajaran dan teknik menjawab soalan antara murid cemerlang dan murid lemah mestilah berbeza mengikut keupayaan masing- masing dan tahap penguasaan mata pelajaran tersebut. Oleh itu murid cemerlang JUARA ini perlu merebut masa keemasan ini.

Di majlis penutup, saya membentangkan aktiviti yang bakal saya kendalikan kepada mereka antaranya murid yang mencapai sasaran 6A ke atas dalam peperiksaan pertengahan tahun akan ditawarkan lawatan kerjaya berkaitan dengan minat masing - masing!! Selain aktiviti berkolaborasi dengan SMAWPKL, Sekolah Sains Alam Shah, SM Sains Selangor dan sebagainya. Semoga dipermudahkan urusan tugas saya bagi membantu meningkatkan motivasi murid JUARA Permata ini. 

Kita merancang dengan cita-cita
Allah mengatur dengan cintaNYA
Noted.


Guru cemerlang Sains : Puan Sharin Hanum


Perbincangan kumpulan Kimia

Teknik menjawab Sejarah oleh Ketua Panitia Sejarah : En Chan

Teknik Menjawab Sejarah oleh Puan Azimah

Add caption



Teknik Menjawab Bahasa Malaysia

Aktiviti berkumpulan

Perbincangan kumpulan

Cikgu Mohd Noor membimbing murid

Pembentangan Matematik

Slot Guru Cemerlang Matematik

Cikgu Padali dengan slot energizer

Aktiviti energizer

Pembentangan Bahasa Inggeris

Aktiviti bersama SISC+ Bahasa Inggeris


Pendaftaran

Slot aktiviti berkumpulan Osman Affan

Slot ceramah Osman Affan

Bergambar kenangan


Taklimat oleh saya mengenai aktiviti Program Juara

29 May 2016

Smart Study Memory Skills Bersama Osman Affan







Tidak melepaskan peluang bergambar bersama konsultan kemahiran belajar yang terkenal iaitu Osman Affan. Ini adalah pengalaman kedua saya mendapatkan khidmat untuk membantu murid sekolah saya dengan kepakaran Osman Affan dalam kemahiran belajar. Bayaran sebanyak RM 500 untuk dua jam biasanya agak banyak bagi sekolah menengah harian biasa tetapi ia berbaloi dengan kepakarannya kerana dapat tackle murid untuk sentiasa fokus dalam masa dua jam bersama-sama mendengar slot bengkel yang dikendalikan. Aktiviti yang dijalankan untuk murid sasaran kumpulan Juara Permata sekolah di Singgah Santai Resort, Hulu Langat, Selangor 

Setiap murid akan mendapat buku nota yang sangat berkualiti hasil cetakannya dan multimedianya juga sangat bervariasi dan menarik minat untuk dipandang dan di dengar. Tajuk slot malam ini ialah Teknik Menulis Nota dan Mengingat dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 malam...terima kasih juga kerana sudi melayan permintaan saya sehingga 10.30 malam untuk sesi berbengkel dengan aktiviti permainan yang meransang minda murid. 








Selamat malam unggas di hutan
Selamat melayan Kuch Kuch Hota Hai TV3

28 May 2016

Cakna Mei : Lawatan Ke Rumah


Hari ini selesai sahaja taklimat yang dijalankan untuk murid Juara Permata bagi perkampungan ilmu program Juara Permata, saya bergegas ke Taman Mulia , Bandar Tun Razak untuk menziarahi anak murid saya yang kematian ibunya akibat kanser. Saya ke sana bersama PK Hal Ehwal Murid untuk menyerahkan bantuan kewangan kepada murid tersebut hasil sumbangan PIBG dan warga sekolah. Masih terdapat khemah untuk memberikan penghoramatan kepada mendiang ibunya. Saya difahamkan hari ini ialah hari di mana pengkebumian di tanah perkuburan akan dijalankan. Memandangkan murid ini akan bercuti terus sebelum cuti sekolah yang hanya tinggal 2 hari ini, maka saya akan berkesempatan berjumpa dengannya selepas cuti sekolah nanti bagi mengesan tahap penyesuaian dan daya gaya tindak murid ini menghadapi masalah dan tekanan selepas kematian mendiang. 

Sebagai guru dan mewakili warga Cherasian, saya berharap murid ini tabah dan survive dengan baik selepas kehilangan ibunya. Semoga murid ini masih mempunyai emosi yang stabil di tahap yang terbaik.


Lunch provoke anger
Dinner calm down
Breakfast settle !



27 May 2016

Hari Guru Cherasian Yang Awesome







Sesi fotografi

Menyambut hari guru dengan tema pakaian international menyebabkan murid dan warga sekolah teruja dengan setiap guru yang masuk ke dalam perkarangan sekolah yang memang awesome :)

Bagi saya hari guru ialah hari yang mana guru sepatutnya diraikan dengan seronok dan gembira samaa ada dalam kesederhanaan tetapi meriah di hati dan di mata. Walaupun pelbagai tema diadakan pada hari guru di samping untuk memriahkan pelbagai acara sekolah, objektifnya masih lagi sewaktu memilih tema membayangkan apakah tema yang akan digunakan selesa bagi kedua-dua pihak iaitu guru yang memakai dan guru juga bahkan bersama murid dan PIBG akan menilainya dari sudut yang positif sebelum dilaksanakan.

Pada tahun ini memandangkan saya adalah AJK Kelab Guru yang sibuk ke sana ke mari , baru saya perasan yang dari 100 gambar yang diambil hanya terselit 4 gambar saya ....waaaaaa..waaaaa..so jangan haraplah nak dapat gambar saya dalam blog ni. Well tunggu isnin ni untuk minta ehsan gambar dari kamera orang lain jika adalah yang terselit selit celah gigi pun :(

Program dimulakan dengan sesi fotografi majalah sekolah sebelum guru diarak di luar dewan hingga ke tapak perhimpunan. Pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan koperasi berbaris di kiri dan kanan dan mengiringi guru dan barisan Kadet Polis yang segak bergaya di hadapan pentas di tapak perhimpunan bersama menaburkan bunga. Kedatangan AJK PIBG yang lebih ramai tahun ini memeriahkan sekali program hari ini. saya sangat memuji kepada guru -guru yang sporting dan dapat memberikan kerjasama dalam menjayakan program mengikut tema dengan ada yang menyewa baju semata -mata untuk menepati tema dan ia sesuatu yang memberikan makna, kerana warga Cherasian nampaknya lebih suka mengambil gambar dengan guru -guru yang sporting ini untuk bergambar kenangan.  Iya amat menarik tema ini digunakan kerna kita belajar mengenai budaya orang lain dengan cara pemakaiannya. 

Banyak persembahan yang live dengan gandingan guru dan murid membuat persembahan memang mendapat tepukan malahan guru paling popular iaitu Cikgu Chan menari tarian K Pop terus lintang pukang barisan duduk murid kerana masing - masing ingin duduk di hadapan sekali kerana ingin melayan tarian ini apatah lagi jika Cikgu Chan yang menarinya. 

Habis persembahan , ialah aktiviti yang ditunggu - tunggu iaitu anugerah guru. Seronok betul dari panas-hujan -dan panas semula, Murid juga diraikan dengan nasi lemak percuma kepada semua murid yang hadir ke sekolah dan air. 

Selepas anugerah disampaikan, kami ke dewan menikmati makan tengah hari  di samping meraikan En Jasvir Singh yang akan bersara dan bersama Suppiah staf pejabat yang telah hampir 30 tahun berkhidmat di sekolah. Makanan ditaja oleh puan pengetua dan sate ditaja orang dermawan manakala meehon sup ditaja oleh orang kantin. Dengan kek dari pelbagai agensi penderma seperti YPC, UCSI dan Bank Rakyat.

Yeah memang penat..penat yang berbaloi ..memastikan everything in order. Team Kelab Guru yang awesome maka event menjadi awesome...hihihi. Orait selamat bercuti panjang warga Cherasian.

Selamat bercuti anak  - anak 
Rancanglah dengan bermanfaat



Cikgu Zalifah dengan baju Jawanya
Cikgu Chan sangat happy dengan tarian K Pop
Cikgu Padali and geng cikgu lelaki dengan dikir barat

Add caption
Tahniah tema pakaian kedua terbaik
Tahniah guru tegas
Tahniah Mira guru mengikut trend pakaian
Tahniah Puan Murni guru cantik
Guru lelaki paling popular: En Chan
Tahniah boss perempuan popular
Guru popular sesi petang: Pn Haslina Rahim
Pn Khairul Akhmar guru penyayang sesi pagi
Puan Khamziyah guru penyayang sesi petang
Ustaz Nasrun guru paling ceria
Terima kasih atas tajaan kek dari UCSI
Puan Tan mengasah bakat
Aktiviti permainan...jom layan


Pn Farah Hanum dengan pakaian Korea tempat ketiga
Hi Puan Chua. Nice to see you
Oh ustaz Nasrun dengan dayang dayangnya
Tahniah Kak Noraini dengan baju Red Indian yang mendapat tempat 1
Tahniah antara pakaian bertema terbaik
Tahniah antara pakaian bertema terbaik
Tahniah antara pakaian bertema terbaik
Johan pakaian bertema
Naib Johan pakaian bertema
Tempat ketiga pakaian bertema