31 July 2016

Majlis Perpisahan KB Sains Math: Pn Noor Aini Ibrahim

Majlis Perpisahan KB Sains Math: Pn Noor Aini Ibrahim



Hari terakhir Ketua Bidang Sains Dan Matematik SMK Cheras iaitu Puan Noor Aini Ibrahim akan meninggalkan sekolah ini kerana dinaikkan pangkat selaku Penolong Kanan Kokurikulum SMK Perempuan Bandaraya berkuat kuasa 1 Ogos 2016.  Kelab Guru merancang mengadakan majlis ini pada 31 Julai 2016 bagi meraikan beliau yang dinaikkan pangkat serentak dengan program perjumpaan RIMUP Merdeka Raya sekolah. Oleh itu selaku penyelaras program Majlis Perpisahan , saya menjemput beliau untuk diraikan pada pagi pukul 8.00 pagi sebelum Majlis Rasmi Perasmian Pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan dan RIMUP Merdeka Raya diadakan. Ucapan perpisahan oleh Pn Noor Aini dalam keadaan yang sangat beremosi dan beberapa kali ucapannya tidak dapat diteruskan kerana terlalu sebak..dan ditenangkan oleh puan pengetua. Maklumlah hampir 21 tahun di sekolah ini, saya mengenalinya sebagai guru pengawas sekolah, guru disiplin sebelum bertukar portfolio selaku Ketua Bidang Sains Dan Matematik sekolah. Sejak itu komunikasi dengannya dari komunikasi selaku guru kaunseling- guru disiplin kepada AJK pengurusan - Pengurusan apabila beliau sudah terlibat pula dalam jawatankuasa pengurusan sintekolah. Puan Noor Aini juga adalah taukeh spsk dan skpm sekolah dan saya adalah penyelaras kualiti untuk PK08 dan beberapa dokumen spsk dan skpm  menyebabkan interaksi kami lebih kepada perkara-perkara berikut.


Satu perkara yang menarik untuk saya kongsikan di sini, ialah mengenai program Guru Penyayang. yang mana saya merupakan setiausaha program ini di sekolah. Sejak tahun 2012, apabila UBK menganjurkan pengundian anugerah Guru Penyayang hampir saban tahun beliau akan terpilih. Antara guru yang mempunyai undian tertinggi dan disayangi oleh murid sekolah. Apabila giliran menjaga pagar, walaupun berstatus Ketua Bidang, beliau akan tetap berada di pagar pada masa giliran pengawasannya. Hampir 16 tahun saya selaku guru kaunseling di sekolah ini, saya hanya mendengar majoriti cerita-cerita positif dari murid -murid nya atau bekas anak muridnya mengenai cara mengajar yang difahami dan pendekatan yang digunakan dalam hubungan antara guru- murid dalam kelas yang boleh diterima oleh muridnya yg berbilang bangsa dari kelas cemerlang hingga ke kelas yg lemah. Signifikan dgn panggilan guru penyayang.

Semoga perpindahan ini meningkatkan lagi kecemerlangannya dalam pendidikan di sekolah dan walau di mana sahaja beliau berada...tidak sukar untuk beliau mendapat tarikan daripada murid -muridnya dengan amalan guru penyayang yang sentiasa dipraktikkannya :)


Last day of July
The first day of my new routine
After 10 years..

















30 July 2016

Sambutan RIMUP Merdeka Raya Sekolah

Sambutan RIMUP Merdeka Raya Sekolah



Program pelancaran Hari Kebangsaan dan RIMUP Merdeka Raya SMK Cheras untuk tahun 2016. Pakej 7 program digabungkan serentak dengan 5 program under aktiviti UBK hari ini iaitu program RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan), DWEN (Dasar Warga Emas Negara), Program Guru Penyayang dengan sambutan perayaan, SUIT (sahsiah Unggul Individu Terbilang), KSIB (Kumpulan Sokongan Ibu Bapa) dan ditambah satu program panitia Sejarah iaitu pelancaran hari Kebangsaan dan LDP (latihan dalam Perkhidmatan) sekolah. Oleh kerana itu saya dilantik selaku penyelaras program dan oleh kerana saya adalah AJK Kelab Guru automatik LDP juga adalah di bawah tanggung jawab saya. Oh okey sebelum program ini berjalan sempat lagi kami menyelit Majlis Perpisahan Puan Noor Aini Ibrahim yang dinaikkan pangkat kerana saya adalah penyelaras untuk Majlis Perpisahan dan Majlis Persaraan di bawah Biro Profesionalisme Kelab Guru sekolah. Maka mudah untuk saya plan dari satu program ke program dengan blend kertas kerja yang ditokok tambah. Tapi cabaran utama untuk menstabilkan dan plan agar semua program ini berjalan lancar. oh it's really my hectic week of the day :) Mental and fizikal. 

Bagi program tahun ini, puan pengetua meminta jemputan mantan pengetua, penolong kanan dan guru yang telah bersara sebagai tetamu majlis. Perasmi merupakan Pegawai Penerangan Bandar Tun Razak iaitu En Norisham Bin Shahidan. Program RIMUP Merdeka Raya menggunakan formula khemah jamuan mengikut badan beruniform masing - masing dan sebagai salah satu aktiviti badan beruniform. Semua badan beruniform melibatkan diri dengan pertandingan khemah tercantik maka masing - masing membuat hiasan dengan terbaik mengikut tema. Pertandingan persembahan terbaik juga diadakan dengan pemenangnya ialah pasukan silat. Murid -murid juga berpeluang untuk dicalonkan pakaian terbaik mengikut tema kategori lelaki dan perempuan. 

Bagi pertandingan umum pula, diadakan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan pertandingan menganyam ketupat.

Hari ini juga kami selitkan majlis penganugerahan pengiktirafan murid program SUIT untuk kategori Ant dan disampaikan sendiri oleh YDP PIBG SMK Cheras. Kami juga menyelitkan program DWEN dengan menganugerahkan sijil, cenderamata dan wang tunai inisiatif dari puan pengetua kepada warga emas yang hadir sebagai salah satu aktiviti DWEN. Ia juga merupakan salah satu aktiviti Guru Penyayang kerana meraikan sambutan perayaan bersama-sama antara warga sekolah iaitu guru dan murid.

Tahniah kepada pemenang dan tahniah semua kerana bekerjasama dalam menjayakan program sekolah :)
Kepada semua AJK, terima kasih bertungkus lumus menjayakan aktiviti agar berjaya dilaksanakan. Kepada AJK Ibu Bapa dan KSIB, terima kasih kerana membantu kami melicinkan perjalanan program dan meluluskan tajaan makanan untuk semua ibu bapa, guru dan staf sekolah. Oh hingga saya menulis entri ini terasa -rasa kelazatan kari kambing nasi briyani...perghhhh! Sumbangan pot luck dari guru dan individu tertentu juga menarik dan memenuhkan lagi menu yang ada. 

Terima kasih juga kepada para penaja iaitu PIBG, Yayasan Pendidikan Cheras, kontraktor sekolah, kantin sekolah dan ibu bapa serta guru yang menyumbangkan tunai dan makanan.

Akhir sekali, jika ada kekurangan di mana - mana , sila berikan cadangan penambahbaikan dan komen untuk dibuat penambahbaikan pada tahun hadapan. Maafkan saya jika ada kekurangan di mana-mana.


Tentatif Progran 30 july 2016
7.30 pagi
Pendaftaran LDP depan dewan
8.00 pagi
Majlis Perpisahan Noor Aini Ibrahim
8.30 pagi 
Majlis Perasmian 

9.00 pagi
Jamuan
Pertandingan persembahan bdn beruniform berselang seli dgn persembahan santai
Penghargaan Warga Emas
Anugerah Ants Program SUIT

11.30  pagi 
Majlis Penutup
12.00 tgh hari
Gotong royong
1.00 tgh hari
Bersurai



ATURCARA PENTADBIRAN UNTUK PELANCARAN HARI KEBANGSAAN DAN RIMUP MERDEKA RAYA
BIL
CLUE
AKTIVITI
PERSONALIA

1

PENTADBIR DAN YDP PIBG DAN AJK SAMBUTAN DI PINTU PAGAR SEKOLAH

MURID MURID BERADA DALAM KHEMAH BADAN BERUNIFORM MASING -MASING
PENTADBIR
PUAN ZALILAH &  AJK SAMBUTAN

GURU DISIPLIN
GURU PENASIHAT BADAN BERUNIFORM
2
KETIBAAN PERASMI DARI HADAPAN KANTIN AKAN DIARAK
CAK LEMPONG DIMAINKAN SEHINGGA VIP KE PENTAS

SEMUA YANG BERADA DI DATARAN PERHIMPUNAN BERDIRI
PUAN ZALILAH &
 AJK SAMBUTAN

GURU DISIPLIN
GURU PENASIHAT
3
NAIK KE PENTAS
VIP, PENGETUA DAN PERASMI BERDIRI  DI ATAS PENTAS
PUAN ZALILAH &
AJK SAMBUTAN
4

SEMUA VIP ATAS PENTAS BERDIRI
CAK LEMPONG TAMAT
LAGU NEGARAKU DIMAINKAN
MR BALASEGAR
5
NEGARAKU TAMAT
VIP DUDUK
EDAR KEPADA 3 VIP ATAS PENTAS (BUKU PROGRAM)
PUAN NAFSAH: AJK BUKU PROGRAM
6
MC JEMPUT BACAAN DOA
PEMBACA DOA DI ATAS PENTAS
USTAZ NASRUN
7

UCAPAN PENGETUA
PENGETUA
8

UCAPAN PERASMI
PERASMI
9
TAMAT UCAPAN PERASMI
PERASMI DUDUK
PERASMI
10
AJK GIMIK BAWA ALATAN
GIMIK PELANCARAN OLEH PERASMI
AJK GIMIK PELANCARAN
11
SELESAI PELANCARAN
PERASMI DUDUK

12
AJK HADIAH DWEN READY
PERASMI MENYAMPAIKAN HADIAH CENDERAMATA KEPADA TETAMU YANG TELAH BERSARA (DWEN)
AJK HADIAH
13
VIP SELESAI MENYAMPAIKAN CENDERAMATA
SEMUA VIP KE BAWAH KHEMAH
AJK MAKANAN
14
VIP DUDUK DI MEJA MAKAN
BUKU PELAWAT TANDATANGAN
AJK SAMBUTAN


Rushing to Oasis Damansara
Jika ada rezeki...
Good luck sis




menghias khemah
Terima kasih Puan Hanim






Bersantai guru-guru

Di khemah ibu bapa dan guru

Jamuan makan di khemah guru dan ibu bapa

Melayan tetamu yang hadir di khemah masing - masing




Add caption


Pasukan Pandu Puteri ketiga terbaik

Add caption







Johan terma baju lelaki terbaik: sebelum ini pakaiannya complete set

Naib Johan baju lelaki bertema terbaik

Johan baju perempuan bertema terbaik

Naib Johan baju perempuan bertema terbaik

Pertandingan menganyam ketupat



Pemenang merwarna




Pakaian bertema perempuan : ketiga terbaik



Terima kasih ibu bapa yanghadir







Add caption


3 beradik geng UBK..ahakks

Barisan persembahan kelas muzik

Pekerja pembersihan juga tidak dilupakan

Persiapan khemah Silat & Puteri Islam

Persiapan khemah PKBM

Terima kasih Sugar Craft atas tajaan kek

Terima kasih perasmi majlis

Barisan orang kuat pengacara majlis

Terima kasih barisan hakim : Ibu bapa yang hadir

Bersama staf pejabat sekolah

Terima kasih kepada Pn Aisyah : penghargaan DWEN kerana hadir

Terima kasih mantan PK Kokurikulum : En Abdul Halim
Anugerah baju mengikut tema : no 3

Terima kasih mantan YDP PIBG kerana sudi hadir: En Yusoff Kotok


Anugerah SUIT Kategori Ant

Anugerah SUIT kategori ANT

Tamat.....hati senang
 

Telegram Channel