Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

31 August 2016

Salam Merdeka Dari Cherasian


Merdeka ! Merdeka! Merdeka! Nostalgia tahun 1992 apabila saya berpeluang membuat persembahan sewaktu di tingkatan 4 Sains 2 untuk Hari Merdeka. Cuma yang membezakannya dengan anak murid saya tahun ini ialah saya membuat persembahan di sebelah malam di dataran Merdeka dengan memakai baju warna merah. Sebulan berlalu selepas Hari Merdeka pun...kami masih belum boleh move on lagi huhuhuhu bercakap pasal Merdeka je dan motivasi untuk belajar selepas sebulan tak berapa nak belajar ni susah betul nak up..up..up ;)

Well saya rasa anak murid saya juga akan mengalami perasaan dan emosi yang sama. Dah sebulan tak masuk kelas memang mood belajar tu kena bagi suntikan motivasi semula apabila masuk sekolah nanti. Tahniah kepada anda semua murid kelas 4 Alpha dan 4 Beta yang memberikan kerjasama yang baik kepada pihak sekolah dan pihak urusetia untuk menjayakan persembahan hari Merdeka ini yang dipanggil KGKKL iaitu Kumpulan Gerak Kreatif Kuala Lumpur yang membuat persembahan di atas teres semasa Hari Merdeka. Terima kasih kerana menjaga disiplin diri dan mengharumkan nama sekolah. Kenangan manis yang anda akan kenang seumur hidup anda. Percayalah ..


































Sehati Sejiwa
Momentum dihati

30 August 2016

Abstrak Amalan/Pengurusan Kaunseling Terbaik WPKL 2016



Mendapat email dari Puan Hanita penyelia kaunseling JPWPKL, saya terfikir sebentar sebab masalah utama saya ialah saya tidak ada tajuk untuk pengurusan kaunseling hahaha. Ingatkan tajuknya pengurusan kaunseling sahaja tanpa bertema tidak seperti amalan kaunseling.
 Amalan kaunseling perlu mempunyai nama yang catchy sedikit untuk menarik perhatian audien malahan target group di sekolah. 

Akhirnya tajuk pengurusan yang saya pilih ke arah perkhidmatan kaunseling abad ke 21 agar dapat disesuaikan dengan pemilihan sekolah sebagai sekolah rintis kelas abad ke 21 pada tahun 2015 menyebabkan inovasi kami perlu mesra pengguna murid kelas abad ke 21 di mana perkhdmatan boleh didapati dengan mudah dihujung jari sahaja sama ada intervesi murid atau warga cherasian.

Chaiyok...chaiyok...semoga rezeki berpihak kepada kami top 5 finalis ke IAB bulan Oktober nanti :)










Di Ambang Merdeka
Throwback persembahan Merdeka 1992

29 August 2016

Pembentangan Amalan Dan Pengurusan Terbaik Kaunseling WPKL


Oh ye hari ini hari pembentangan untuk pengurusan dan amalan terbaik kaunseling WPKL di jalankan di.Erican College nun di tengah bandaraya KL. Kami geng UBK 4 orang menaiki kereta untuk ke sana meredah jem. Banyak inovasi dan kreativiti yg dikongsikan hari ini untuk saya ambil sebagai contoh yg baik untuk diamalkan.
Giliran saya yang kedua untuk mempersembahkan pengurusan terbaik
Antara sekolah yg bertanding hari ini ialah
Pengurusan Kaunseling Sekolah Rendah
SK AU Keramat
Pengurusan Kaunseling Sekolah Menengah
SMK Cheras
Pengurusan Disiplin Sekolah Menengah dan Amalan Terbaik Disiplin Sekolah Menengah
SMK Puteri Titiwangsa: Program Impressive
Amalan Terbaik Disiplin Sekolah Rendah
Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih:
SK Tamil Jln Fletcher
Amalan Terbaik Kaunseling Sekolah Rendah
SK Bandar Baru Sentul.: Program Semurni Kasih Selembar Sayang
SK Tamil Jln Fletcher: Zeros To Heroes Alma Mater
Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih: Program Cinta
Amalan Terbaik Kaunseling Sekolah Menengah
SMK Cheras : Euphoria Kaunseling
SM Agama WPKL: We Care We Concern
SMK Bangsar : Xpedisi
SMK Cochrane: Unlock Your Potential
SMK Taman Yarl: Hamper Penyayang DWEN
SMK Setiawangsa: Kami Prihatin
SMK Segambut: Syoknya Sekolah

Wahh mmg rezeki kami
Johan Pengurusan Kaunseling Terbaik Sekolah Menengah
Dan
Johan Amalan Terbaik Kaunseling Sekolah Menengah peringkat WPKL
Dengan ini kami layak menyertai pertandingan di peringkat kebangsaan mewakili JPWPKL. Terima kasih kpd semua yg menyokong kami dari pengetua hinggalah ke rakan rakan sekerja.
Buat team yg layak wakil WPKL iaitu Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih..dan SK AU Keramat mari pulun power point untuk kebangsaan nanti.

Johan Pengurusan Terbaik WPKL

Johan Amalan Terbaik WPKL



Johan Amalan Terbaik Sekolah Rendah : Projek Cinta
Naib Johan Amalan Terbaik WPKL : Unlock Your Future
Johan Amalan Terbaik KL Kaunseling Menengah WPKL


Naib Johan Amalan Terbaik Disiplin WPKL Sekolah Rendah


Happy ending
With my panda eyebags
And mild migrain