30 September 2016

Kertas Kerja Bengkel Intensif Sejarah Dan Bahasa Malaysia SPM Untuk Yang Gagal

Kertas Kerja Bengkel Intensif Sejarah Dan Bahasa Malaysia SPM Untuk Yang Gagal


Hari ini pengetua, penolong kanan tadbir dan kurikulum, penolong kanan HEM dan guru kaunseling iaitu saya mengadakan perjumpaan dengan murid tingkatan 5 yang gagal percubaan SPM yang lalu dalam mata pelajaran BM atau Sejarah atau gagal kedua-duanya. Seramai hampir 85 orang yang gagal menunjukkan murid ini akan gagal dalam SPM kerana subjek tersebut adalah subjek wajib lulus SPM. Maka satu strategi bagi membantu murid-murid ini diperlukan bagi mereka masih lagi tertarik untuk ke sekolah dan dalam masa yang sama mengikuti bengkel lulus subjek BM dan Sejarah dengan lebih intensif. 

bengkel akan dikendalikan oleh seorang guru iaitu penolong kanan tadbir dan kurikulum saya yang juga seorang guru Sejarah dan dibantu oleh pengetua dan penolong kanan yang berkelapangan untuk membantu murid ini dalam bengkel yang mempunyai jadual khas setiap hari. Sebagai guru kaunseling saya ditugaskan dalam menjaga kebajikan makan minum murid ini, maklumlah murid - murid sasaran ini memang majoriti murid yang tak boleh lama duduk diam dan memang suka jalan. Jadi bengkel yang dijalankan mempunyai sela masa untuk murid ini rehat dan berjalan ke belakang dewan untuk minum air teh yang dibancuh sendiri oleh guru kaunseling sama ada oleh saya atau Rozinani dan biskut. Jika kami tiada di sekolah, kena fikirkan alternatif lain siapa yang boleh tolong. 


KERTAS KERJA
BENGKEL INTENSIF BAHASA MALAYSIA DAN SEJARAH
MURID TINGKATAN 5


1.0     PENGENALAN
          Program Klinik Bahasa Malaysia dan Sejarah untuk murid tingkatan lima akan
          dijalankan secara intensif bermula pada bulan Oktober hingga peperiksaan SPM
          bermula pada bulan November 2016. Program ini akan dijalankan khusus untuk
          murid yang memperolehi Sejarah dan Bahasa Malaysia yang gagal dalam
          percubaan peperiksaan SPM yang lepas. Seperti yang umum ketahui, gagal bagi
          mata pelajaran Bahasa Malaysia atau Sejarah bermakna gagal dalam SPM dan
          tidak layak mendapat sijil SPM. Oleh itu bengkel intensif mata pelajaran Bahasa
          Malaysia dan Sejarah adalah penting untuk murid tingkatan lima dari semua
          kelas mengenal pasti kelemahan masing- masing oleh guru mata pelajaran
          Bahasa Melayu dan Sejarah untuk menjalankan latih tubi mata pelajaran
          berkenaan.

2.0     Objektif
          1)       Agar dapat meningkatkan peratus kelulusan murid dalam subjek Bahasa
                    Malaysia dan Sejarah

3.0     Tarikh
           4 Oktober 2016  - 4 November 2016

4.0     Tempat
          Dewan Sekolah

5.0     Ahli Jawatankuasa
          Pengerusi     : Puan Kamariah Bt Abu
          Penolong Kanan Tadbir & Kurikulum :     Cik Lee Swee Ching
          Penolong Kanan Hal Ehwal Murid   :       Puan Chong Moi Lian
          Setiausaha    :
          AJK Modul    : Cik Lee Swee Ching (Sejarah)
                              : Encik Mohd Noor Bin Mat Deris ( Bahasa Malaysia) 
          AJK Makanan:                                                : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
                                                                                : Puan Rozinani Bt Awang
                                                                                  Puan Aziyanti Abu Khanipah
         
                                   
6.0     Pengisian:
          10.30 pagi     - 12.00 tengah hari 
          : Bengkel Bahasa Malaysia atau Bengkel Sejarah

7.0     Anggaran Kewangan
          Sumber Kewangan
          Program Kecemerlangan                  = RM 500

          Perbelanjaan:
          Biskut                                                   = RM 350
          Teh  dan gula                                       = RM 150
         

8.0     Penutup
          Diharapkan agar bengkel Bahasa Malaysia dan Sejarah berjalan lancar dan          
          dapat menarik minat murid ke sekolah dan mengikuti program ini untuk
          meningkatkan kelulusan akademik murid dalam subjek wajib lulus SPM 2016.

          Disediakan oleh,                                                                  Diluluskan oleh,



          (Nurhaiza Bt Che Mat)                                                         (Kamariah Bt Abu)  
                              

Thank you September
For develop my confidence

29 September 2016

Pameran Unit Kaunseling Terbaik di Karnival Inovasi JPWPKL

Pameran Unit Kaunseling Terbaik di Karnival Inovasi JPWPKL


                                  

Hari ini Karnival Inovasi Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijalankan di Maktab Tentera Darat. UBK SMK Cheras membuka dua booth iaitu satu untuk pameran pengurusan kaunseling terbaik yang kami menangi sebagai Pengurusan Kaunseling Terbaik Peringkat Kebangsaan manakala satu lagi ialah booth untuk inovasi kaunseling di bawah pertandingan inovasi kaunseling BPSK yang mana kami mendapat johan untuk sistem dashboard kaunseling 2015. Saya dan Rozi incharge untuk pameran pengurusan kaunseling manakala Padali dan Raudzah menjaga pameran untuk inovasi kaunseling iaitu sistem dashboard kaunseling. 

Sehabis sahaja perasmian Karnival Inovasi JPWPKL dijalankan, semua hadirin bergerak ke booth pameran dan pembentangan. Wah memang tak menang tangan melayan semua yang berkerumun yang terdiri dari pengetua, guru besar, penolong kanan dan guru-guru. Malahan pegawai -pegawai JPWPKL. Saya sendiri tidak sempat untuk menjenguk booth yang lain. Berlegar -legar di booth sendiri sehingga pukul 12.30 tengah hari. Di booth saya tentulah pengurusan program kaunseling jadi menjadi tarikan utama terutama amalan terbaik yang kami menangi peringkat kebangsaan tahun lepas iaitu Zoom In Menangani Ketidakhadiran Murid dan satu lagi booth tarikan utama ialah tempahan sistem dashboard kaunseling untuk guru kaunseling sekolah.

Pameran ini mempunyai sistem penilaian yang tersendiri oleh pengunjung yang perlu mengundi pameran mana yang terbaik dan akan ditentukan nanti. tak taulah jika boleh tersenarai untuk pameran terbaik kerana semua pameran memang menarik.


Thank you KPM
Tab percuma untuk semua :)


Bersama pengarah JPWPKL
Bersama ketua sektor bahagian psikologi kaunseling JPWPKL


Bersama PK Tadbir Dan Kurikulum kami 
Bersama mantan pengetua Tuan Haji Juahir Mondakir yang kini Timbalan Pengarah Pendidikan
PPD Sentul



Pameran pengurusan kaunseling terbaik JPWPKL
Booth pameran kaunseling amalan terbaik inovasi kaunseling
Bersama kaunselor praktikal kami satu masa dulu..Nadiatul Farhana










Pameran dari sekolah lain










Link pengundian yang dibuka




28 September 2016

SMK Cheras Bertanding Inovasi Kaunseling BPSK Kebangsaan 2016

SMK Cheras Bertanding Inovasi Kaunseling BPSK Kebangsaan 2016


                                              



Hari ini ke Putrajaya pula E12 untuk pertandingan inovasi dan kaunseling peringkat kebangsaan anjuran BPSK mewakili WPKL. Pertandingan ini terbuka bukan sahaja kepada guru kaunseling malahan kepada kaunselor organisasi dan juga pegawai yang bertugas dalam bidang psikologi kaunseling. oleh sebab hobi saya memang suka masuk pertandingan maka rembat apa sahaja pertandingan yang ada dan disokong pula oleh geng kaunseling yang lain. Kami pertaruhkan e klien idea asli dari partner saya yang memang pakar dalam bidang pembangunan sistem iaitu Padali.

Tahun ni tempat pertandingan selesa dengan meja yg teratur dan board menampal yg juga disediakan untuk menampal poster. Mendapat undian nombor 9 dan sesi pembentangan di atas pentas dengan penonton yg terdiri dari peserta dan jemputan sekolah. Oh ya pameran diadakan untuk peserta lain meninjau lebih dekat mengenai inovasi peserta lain memandangkan masa hanya 15 minit untuk pembentangan di atas pentas sudah pasti tidak cukup untuk memberikan gambaran sebenar inovasi masing - masing dengan lebih terperinci. Untuk sekolah kami , saya dan Padali bergilir membentangkan inovasi manakala Raudzah dan Rozinani in charge pameran. Wah terdapat undian dari juri awam juga. Format anugerah yg lebih baik iaitu emas, perak dan gangsa. Pertandingan berjalan selama dua hari dan mujurlah pada hari ini giliran kami walaupun hari ini nampaknya kami satu satunya pasukan guru kaunseling sekolah yang masuk bertanding. Ini kerana esok kami mempunyai komitmen yang lain peringkat JPN


Juri hri ini terdiri dari Dr Wan Marzuki, En Mogana dari Mampu dan Pn Maznah GB SK Puchong. 

Inovasi ini nampaknya menarik minat hadirin di bilik seminar ini dan selesai sahaja pembentangan oleh Padali berbakul bakul tahniah kami terima hahaha..agak agak ada harapan tak anugerah emas? Macam sayu pulak melepaskan piala pusingan kategori sistem maklumat yang kami menangi pada tahun lepas selepas setahun berada dalam genggaman :)

Banyak tajuk menarik inovasi hari ini yg akan saya kongsikan dalam entri blog sy hujung minggu ini.
Stail pameran di sini berdasarkan format berikut
1) Pertandingan ini akan diadakan 2 hari. Peserta hadir pada hari pertandingan yang melibatkan persembahan kumpulan masing-masing sahaja.
2) Mohon setiap kump untuk wajib hadir semasa pendaftaran pada jam 8-8.30 pagi utk set up & taklimat pertandingan.
3) Slide pembentangan wajib disediakan. Digalakkan juga jika ada kump yang ingin menyediakan video pendek @ montaj utk penerangan lebih lanjut ttg projek tuan/puan utk tontonan hakim dan peserta lain.
4) Masa persembahan adalah selama 20 minit. 15 min untuk masa persembahan kump & 5 min utk soal jawab hakim. Mohon tuan/puan alert dgn penggunaan masa ini.
5) Setiap kump akan disediakan 1 meja pameran & 1 panel display. Selepas pendaftaran, kump tuan/puan blh terus set up tempat masing2. Apabila tiba masa persembahan, kump akan melakukan presentation di atas pentas. Bahan inovasi pula dibawa & diletakkan samada di meja produk di atas pentas @ didepan hakim mengikut pilihan kump msg2 (mohon rujuk floor plan)
4) Semasa pendaftaran, mohon setiap kump untuk terus menyerahkan bahan soft copy pembentangan -(power point/video dll) msg2 kpd AJK ICT y akn berada di meja pendaftaran. Selain itu, semasa pndaftaran jg, tuan/puan  akan mengetahui nombor meja pameran masing2 mengikut giliran persembahan. Contoh, kump pertama yang akan membuat pembentangan akn mndapat meja nombor 1 dan seterusnya.
5) Untuk tahun ini, penganugerahan dalam bentuk Pingat Emas, Perak & Gangsa. Mohon tuan/ puan untuk merujuk kembali format penilaian pemarkahan untuk melakukan penambahbaikan projek sekiranya perlu sebelum pertandingan berlangsung.
6) lampirkan floor plan dewan untuk gambaran awal kepada semua kump tentang susun atur kedudukan (rujuk floor plan).

Plan for travel
Far..far..away
Yes confirm ;)












 

Telegram Channel