31 December 2016

Throwback 2016: Coretan Emosi

Throwback 2016: Coretan Emosi


2016 tiba di penghujung. Saya nak berkongsi emosi saya sepanjang 2016 dlm perkhidmatan saya sebagai guru bimbingan dan kaunseling. Banyak perkara yg baik baik berlaku sepanjang tahun. Semoga yg baik baik ini berulang lagi pada tahun mendatang dan yg membuatkan saya sedih dan marah tidak berlaku lagi pada tahun tahun mendatang.

Perkara paling menceriakan hari saya :)
Tentulah kemenangan demi kemenangan yg saya kecapi sepanjang 2016
- Naib Johan Pertandingan Bahas Guru   WPKL
- Johan Pengurusan Kaunseling Terbaik WPKL
- Johan Amalan Kaunseling Terbaik WPKL
-Tempat kelima Pengurusan Kaunseling Terbaik Kebangsaan
-Johan Amalan Kaunseling Terbaik Kebangsaan
- Anugerah Emas Pertandingan Inovasi Psikologi Kaunseling Kebangsaan
- Pengurusan Unit Terbaik Anugerah HEM Sekolah
- Anugerah Inovatif
- Anugerah Kelab Aktif Anugerah Kokurikulum Sekolah
Banyaknya sijil dan trofi tahun ni..bab tulah yg menyeronokkan. 

Perkara yg sampai sekarang saya tidak percaya mustahil saya lakukan!
Pertandingan bahas...hahaha saja suka suka daftar diri masuk. Niat nak tgk mcm mana team bahas ni berjalan dan nak ambik ilmu sbb sy tak pernah masuk langsung pertandingan bahas dan bukan peminat bahas.  Tup tup takda wakil lain pun hanya kami berlima saja untuk Zon Pudu iaitu saya, Afiqah dan 3 wakil dari SMK Seri Bintang Selatan. Adeh..butterfly in my stomach tiap kali team kami bertanding. Mujurla jadi simpanan je yg tak bercakap tapi kutip point penting pencadang dan pembangkang tiap kali ada usul dan bantu team. Tapi kedudukan simpanan ni tetap atas pentas di belakang wakil yg membahas..huhu Yang Berhormat Nurhaiza Che Mat cam best je wakil rakyat yg lain panggil saya mcm tu..ahaks.  Team kami menang Naib Johan Pertandingan Bahas Guru WPKL..sweet moment yg takkan saya ulang lagi. Cukup sekali!



Perkara yg membuatkan saya gundah gulana
Pengesahan jawatan guru cemerlang pada 16 Mac 2016 setelah setahun memangku sejak 16 Mac 2015 tetapi surat lewat terima hampir pada bulan Ogos. Namun dapat juga pengesahan. Alhamdulillah ..

Perkara yg buat saya tersenyum krn berjaya capai lagi :)
KPI kehadiran penuh ke sekolah untuk 3 tahun berturut 2014 hingga 2016. Yeah boleh dapat sijil lagi :) Sepanjang 16 thn servis, saya menerima 9 kali sijil kehadiran penuh bekerja. Alhamdulillah sekali lagi atas kesihatan dan kemudahan untuk berkhidmat.

Perkara yg membuatkan saya tersipu -sipu malu:
Penangan blog saya nurhaizachemat.blogspot rupanya mempunyai silent follower dalam kalangan gbk. Apabila saya ke Perak untuk pertandingan Amalan Dan Pengurusan Kaunseling Terbaik Kebangsaan, ramai gbk menegur dan bergambar dgn saya krn menjadi follower saya. Dan apabila saya ke Kedah untuk Simposium Amalan Dan Pengurusan Kaunseling Terbaik  Kebangsaan, guru kaunseling Kedah yg melawat pameran bergambar dan tak putus mengucapkan terima kasih dan ajak bergambar..huhu mcm artis selebriti rasanya tapi malu jugak sbnarnya dalam saya melayan berposing dan bersesi soal jawab. Orait kemuncaknya ialah apabila pensyarah IAB menegur saya dan mengatakan dia juga follower saya dan selalu merujuk blog saya untuk senario perkhidmatan kaunseling sekolah. Huhuhu orait geng sekerja saya tersengih sengih melihat penangan org bergambar dgn saya. Kenangan yg tidak akan saya lupakan...


Perkara yg membuatkan saya menangis:
Dimaklumkan yg saya akan dipindahkan sekolah oleh staf pejabat!  Terus tak keruan nak drive dari outstation hari tu dan roger sana sini seharian ...waaa rupaya disakat oleh rakan sekerja bila kantoi saya contact JPN. Tapi ...bila boss di JPN sendiri yg datang kpd saya sewaktu pameran inovasi peringkat JPWPKL, dgn serius mengatakan yg saya sudah patut bergerak dari sekolah sekarang untuk membantu unit kaunseling sekolah lain pula. 'Bergeraklah dan byk peluang yg anda tak nampak untuk membantu dalam skop lain pula' saya mengangguk angguk dan tersengih... tetapi apabila boss saya beredar pergi dari booth pameran kami, terus saya menangis nangis sampai tak terkata Rozi , Raudzah dan Padali. Kak Raudzah memujuk saya berhenti menangis bimbang berjangkit tangisan tu pada dia dan Rozinani.

Perkara yg membuatkan saya sentap dan marah:
Apabila entri blog saya mengenai borang keberhasilan guru kaunseling tahun 2016 dgn format baru tetapi ada satu blog yg agak dikenali dalam kalangan cikgu juga mengambil borang keberhasilan saya tahun 2015 sbg rujukan dan mengatakan contoh borang keberhasilan guru kaunseling untuk 2016. Saya tak suka krn entri lama 2015 untuk format 2015 bukan utk 2016. Mmg rakan yg mengenali saya tau yg borang tersebut adalah kepunyaan saya. Umpama di blog saya, saya mengajar lain dan di blog lain mengajar lain. Padahal item item untuk borang tersebut semuanya merujuk kepada saya. Saya tidak kisah jika dishare kerana itu dikongsikan dlm blog tetapi saya tidak suka jika dikongsi pada entri tahun semasa perkara yg dah tak releven. Lebih baik bertanya pada tuan empunya. Dengan selamba saya sound pada entri tersebut mengapa publish to public  tanpa keizinan ( nak sound empunya blog,  hampir semua org kata tak kenal admin) dgn niat saya sbnarnya untuk membetulkan format yg tak releven untuk 2016 lagi.

Perkara yg membuatkan saya TAK TERKATA.
What? Dicalonkan untuk APC anugerah perkhidmatan cemerlang sekali lagi !! Saya ingatkan apabila kita telah memegang jawatan GC iaitu laluan skim guru cemerlang kita tidak akan mendapat pencalonan untuk APC lagi. Namun rupanya boleh juga. Saya benar benar tak terkata betapa pentadbir sangat menghargai khidmat saya.:) Terima kasih boss. 

#bye 2016 ..thank you for being nice :)


30 December 2016

Ceramah KeibuBapaan dan Promosi eparent dan KSIB: Hari Orientasi Tingkatan 1

Ceramah KeibuBapaan dan Promosi eparent dan KSIB: Hari Orientasi Tingkatan 1



Selamat datang kepada ibu bapa warga Cherasian yg baru iaitu murid murid tingkatan 1 ke SMK Cheras. 

Hari ini slot UBK di dewan saya memperkenalkan anugerah inovasi emas kami yg dimenangi pada tahun lepas iaitu eklien yg dicipta hasil inisiatif Cikgu Padali di mana ibu bapa akan menggunakan eparent untuk mengakses site rujukan kaunselor dgn meletakkan nama anak untuk rujukan kami, site rujukan guru kelas yg akan dikemaskini untuk tahun 2017, site psikometrik untuk mengenalpasti psikometrik anak masing masing, site semak pelaporan sekolah dari pelbagai aspek seperti kadar kehadiran murid ke sekolah , kadar lewat dan pelbagai lagi. 

Flyers promosi KSIB diedarkan dgn tarikh tarikh penting untuk ibu bapa simpan dalam diary masing masing. 

Saya juga menyentuh mengenai program Zoom In Kehadiran Murid Ke Sekolah yg dianjurkan UBK. Program yg diilhamkan oleh saya pada tahun 2015 dan mendapat Johan Amalan Terbaik Kaunseling KL tahun 2015 dan top 5 peringkat kebangsaan. Tahun 2017 memasuki tahun ketiga di mana kami menetapkan KPI kehadiran murid ke sekolah yg berbeza bagi kelas tertentu agar dapat sokongan ibu bapa memastikan kehadiran anak ke sekolah. Walaupun peratus kehadiran 86. 5 peratus thn lepas kerana kehadiran menjunam pada bulan Nov , namun sekurang kurangnya pada bulan pdp dijalankan graf meningkat mencecah 89 hingga 90 peratus setiap bulan berbanding tahun tahun sblm perlaksanaan program Zoom In ini. Oleh itu tahun ini kami akan fokus bulan Nov juga  kehadiran murid ke sekolah dgn sokongan ibu bapa. 

Saya juga menyentuh isu disiplin murid tingkatan 1 yg perlu aware oleh ibu bapa selain dari perubahan psikologi murid yg beralih ke sekolah menengah. 

Program orientasi dibahagikan kepada 2 bahagian dgn penyelaras utama ialah guru kaunseling Cikgu Raudzah. 
 Satu di dewan sekolah dan satu lagi di dataran perhimpunan sekolah. Di dewan sekolah taklimat kepada ibu bapa dan sesi perkongsian oleh ibu yg anaknya dari kelas muzik untuk pendedahan kepada ibu bapa dan di tapak perhimpunan untuk murid murid. 

Taklimat pengetua, ibu bapa dan ceramah keibubapaan juga diadakan. Penceramah En Noor Sazali dari LPPKN yg dijemput oleh penyelaras KSIB iaitu guru kaunseling juga Cikgu Rozinani. Penceramah ini sangat bagus dan mencuit hati ibu bapa berbilang bangsa. Slaid mengenai pendekatan ibu bapa terhadap anak anak dari zaman kanak kanak , awal remaja dan remaja membantu ibu bapa dan guru memahami psikologi remaja.



15 years and still counting...















Terima kasih LPPKN
Perkongsian dari Pn Zuraida ibu murid kelas Muzik
Taklimat guru muzik: Pn Umi Salbiah
Persembahan murid kelas muzik

Taklimat Bahasa Arab
My exschoolmate..Liza.




29 December 2016

Gotong Royong Buka Sekolah

Gotong Royong Buka Sekolah


29 dis 2016 dan kami bersama.sama mengadakan gotong royong untuk keceriaan sekolah. Antara aktiviti ialah mengemas bilik darjah masing masing untuk persiapan sesi persekolahan 2017. 
Dan saya hari ni bertugas membantu mengagihkan peralatan gotong royong dari bilik stor ke guru ting masing masing bersama setiausaha kebersihan keceriaan dan setiausaha HEM. 

Then ke dewan untuk membantu urusan keceriaan dan kebersihan dewan bagi majlis orientasi esok. 

Waktu yg ditunggu tunggu ialah jamuan makan secara percuma di mana murid murid diberikan makanan percuma hari ini. Saya menempah nasi lemak untuk murid dan dgn bantuan PRS , nasi lemak telah berjaya dihabiskan. 

Eager to success and 
Eager to work for it !!
















 

Telegram Channel