Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

10 January 2017

Mesyuarat Agong Kelab Kerjaya 2017

Hari ini merupakan hari mesyuarat agong persatuan dan kelab. Saya dan Padali menguruskan kelab kerjaya sesi pagi dgn bilangan murid seramai 25 org manakala kelab kerjaya sesi petang dengan murid seramai hampir 30 org.

Tahniah kepada pengerusi kelab kerjaya yg baru iaitu Hasanah Bt Abu Bakar. Dan list AJK seterusnya boleh intai di picture di bawah ini.

Apabila Kelab Kerjaya diiktiraf sebagai sebuah kelab kokurikulum sejak 6 tahun lalu, kami Kelab Kerjaya menerima sijil penghargaan dan pengiktirafan sebagai antara kelab yg terbaik di sekolah. Maka satu cabaran untuk mengekalkan status ini tahun demi tahun dalam membimbing murid menyertai pelbagai pertandingan peringkat zon dan negeri serta membimbing mereka memenanginya!

UBK SMK Cheras sangat signifikan dgn kebitaraan program kerjaya sejak tahun 2001 dimana memenangi dan tidak keterlaluan dengan ayat membolot pertandingan Eksplorasi Alam Kerjaya, folio kerjaya di peringkat zon dan negeri saban tahun malahan beberapa kali terpilih ke peringkat kebangsaan sehingga 2012 apabila bajet penganjuran peringkat zon dan negeri telah tidak lagi diadakan krn masalah bajet. Kami juga sudah 8 kali dinobatkan sebagai sekolah terbaik pertandingan kerjaya peringkat zon. Manakala peringkat negeri tidak wujud kategori sekolah terbaik ini.

Tahun ini antara aktiviti yg akan dijalankan ialah lawatan IPT untuk setiap kelas, projek lawatan kerjaya untuk Kelab Kerjaya diteruskan, aktiviti folio kerjaya dan Eksplorasi Alam Kerjaya. Semoga tahun ini masih lagi menjadi rezeki kami :)

#my own Fanpage ?  ;)





No comments: