27 December 2016

Mesyuarat Guru: Senarai Tugas Guru Kaunseling SMK Cheras 2017

Hari ini ke sekolah untuk mesyuarat guru 1 bagi sesi 2017.
Mari membelek buku pengurusan ni untuk melihat tugas saya bagi tahun 2017. Rakan sekerja saya Cikgu Padali, Cikgu Rozi dan Cikgu Raudzah mempunyai tugas yg 80 peratus shj yg sama dan 20 peratus tugas tugas lain seperti Setiausaha KSIB, Setiausaha PPDa, Setiausaha Keselamatan. Semoga kami terus cemerlang dalam memartabatkan profesionalisme kaunseling di Malaysia. Dibawah ini ialah list tugas saya di sekolah
Jawatankuasa Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah
1) AJK Jawatankuasa Pengurusan Dan Perancangan Sekolah
2) AJK Kewangan Dan Aset Sekolah
3) AJK Galeri Dan Dokumentasi Sekolah
4) Penyelaras Dasar Sekolah Penyayang
5) AJK Biro Profesionalisme Kelab Guru
6) Jadual Pemantauan MMI Guru setiap Khamis di blok B
HAL EHWAL MURID
1) Setiausaha Unit Bimbingan Kaunseling
2) AJK Majlis Ketua Tingkatan
3) AJK  Disiplin Sekolah
4) AJK Galeri Dan Dokumentasi Sekolah
5) AJK Program Peningkatan Sahsiah
6) AJK Induk HEM
7) Guru bertugas pemantauan Selamat Datang hari Isnin, Rabu dan Jumaat
KOKURIKULUM
1) Guru Penasihat PRS
2) Guru Penasihat Kelab Kerjaya
3) Guru Penasihat Rumah Perdana
4) penyelaras program rimup merdekaraya badan beruniform
5) Guru bertugas pemantauan disiplin aktiviti badan beruniform hari Rabu
#positif2017


 

Telegram Channel