Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

22 December 2016

Mesyuarat Pengurusan: Peranan Guru Kaunseling Dalam Mencapai KPI Sekolah



Meeting pertama di sekolah selepas hampir 22 hari tak pegi sekolah huhu. Mesyuarat pengurusan adalah penting untuk kaunselor yg terlibat sebagai AJK Mesyuarat Pengurusan untuk membincangkan hala tuju sekolah. 

Jika anda sebagai guru kaunseling yg terlibat dalam mesyuarat ini bertindaklah secara proaktif membentangkan pandangan anda terutama yg melibatkan perkhidmatan UBK untuk membantu sekolah mencapai KPI yg dikehendaki. Antara KPI disekolah yang perlu dibantu

1) Antara KPI yg perlu dibantu ialah mencapai  kehadiran murid 90% sehingga Nov 2017. dan UBK melancarkan program Zoom In Mieningkatkan Kehadiran Murid Ke Sekolah.

2) Mencapai  KPI mengurangkan kadar ponteng kelas melalui pemantauan projek Butterfly SPOT.

3) Membantu peningkatan akademik murid berprestasi tinggi melalui kerjasama KSIB program Juara

4) Pentadbir juga mensasarkan bilangan inovasi perlu ditambah dan kemenangan di peringkat negeri dan kebangsaan. Huhuhu tempiaslah kat UBK nak buat projek apa untuk tahun  2017 ? Nak maintain menang mmg satu cabaran hebat..


Selain itu kami juga menyemak buku pengurusan sekolah untuk persediaan membentangkan kepada guru guru sewaktu mesyuarat pertama nanti

Antara jawatan saya untuk pengurusan sekolah ialah

Jawatankuasa Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah
1) AJK Jawatankuasa Pengurusan Dan Perancangan Sekolah
2) AJK Kewangan Dan Aset Sekolah
3) AJK Galeri Dan Dokumentasi Sekolah
4) Penyelaras Dasar Sekolah Penyayang
5) AJK Biro Profesionalisme Kelab Guru
6) Jadual Pemantauan MMI Guru setiap Khamis di blok B

#Set your goals high



No comments: