11 February 2017

Program Merentas Desa

Hari merentas bandar..atau nama famousnya hari merentas desa. 
Orait seawal pukul 7.30 pagi, kami perlu berkumpul. Saya masih lagi mendapat jawatan lama saya selaku penjaga checkpoint di tempat yg sama Jalan Seluang di hadapan Flat Sri Melaka. Yg bestnya tempat checkpoint saya ni, ada bus stop dan saya akan duduk di bus stop ini sebelum pelari tiba sayup sayup mata memandang baru saya akan berdiri..hihi. Dah start berdiri dan bekerja di persimpangan ini selama 40 minit sahaja, yg bestnya juga sbb ada RELA yg bantu dan pegawai trafik juga membantu di jalan yg sibuk ini. Tetapi hari ini kurang kenderaan dan pergerakan mmg lancar. Bertemankan ahli PRS saya yg bertugas sebagai Kadet Polis yg membantu dalam pergerakan kelancaran peserta di persimpangan ini, kami berswafoto terlebih dahulu ...kenangan di Jalan Seluang..ahaks.
Seperti tradisi merentas desa ni, piala kemenangan merentas desa ini masih milik rumah Waja yg kebal betul dalam acara ni bertahun tahun lamanya dan berita baiknya walau rumah Perdana masih naib johan tetapi kali ni rapat dgn 3 mata sahaja jarak markah. ada harapan tak rumah Perdana dapat johan tahun depan acara merentas desa? ..uhuk.maklumlah saya rumah Perdana maka saya lebih suka ckp pasal rumah Perdana:)
Terima kasih kepada Pengerusi PIBG iaitu En Romzee yg sudi bertindak selaku perasmi majlis. .terima kasih kpd ibu bapa yg sudi hadir memeriahkan suasana. Majlis penutup mmg geng kaunseling akan sibuk dgn Rozi selaku AJK Hadiah, Raudzah selaku pengacara majlis dan Padali selaku jurufoto. Tetapi memandangkan Padali tiada hari ni krn urusan keluarga, maka saya dgn rela hati bersibuk sibuk pada majlis penutup mengambil gambar ..tugas yg merangkap antara hobi saya di sekolah :)

Tema baru..wajah baru..ubksmkcheraskl

l




















































 

Telegram Channel