24 February 2017

Teknik Urutan Relaksasi Minda Sihat

Hari Jumaat minggu terakhir untuk bulan Februari adalah slot UBK 30 minit masa pertama untuk peningkatan sahsiah pelajar. Saya memilih slot mengenai urutan relaksasi Minda Sihat yg demonya oleh ahli ahli Pembimbing Rakan Sebaya saya. Hujan turun dengan lebat menyebabkan slot yg sepatutnya dijalankan di tapak perhimpunan dan PA Sistem yg bagus bertukar ke gimnasium yg tidak kondusif untuk aktiviti ini dengan suara saya sendiri tidak begitu nyaring untuk menjerit hahaha terpaksalah minta bantuan anak anak PRS menjerit memberi arahan melawan bunyi hujan yg lebat dan demo berjalan tidak seperti yg dirancang. Hanya 30 peratus audien di hadapan sahaja yg memberi komitmen uhuk uhuk...so kita repeat lagi next time

Jumaat yg penuh berkat
Semoga doaku dimakbulkan
Turunnya hujan yg rahmat
Semoga impianku kesampaian







 

Telegram Channel