1 August 2017

Bengkel Pemetaan Murid Berisiko Cicir





Hari ni ke Putrajaya dan dilantik untuk menyediakan modul dan program yg sesuai untuk menguruskan murid berisiko keciciran sekolah. Ahli panel terdiri dari guru kaunseling rendah dan menengah yg pernah memenangi amalan terbaik kaunseling dan disiplin peringkat kebangsaan yg berkaitan dgn pengurusan kaunseling atau disiplin dan amalan terbaik berkaitan dgn kehadiran murid. Garis panduan telah dikeluarkan oleh KPM dan sekolah rintis yg perlu menjalankan program ini di negeri KL utk tahun 2017 sblm diperluaskan ke sekolah sekolah lain pd tahun hadapan. 
Garispanduan mengurus murid berisiko keciciran ini mengingatkan says kpd bengkel pemurniaan garis panduan mengurus murid berisiko cicir peringkat PPW Bangar Pudu pada sekitar mac atau April lepas. Saya sudah post ke dlm entri blog ini berkaitan perkara tersebut. Ketika itu saya membentangkan mengenai modul SPOT bagaimana mengurus murid berisiko keciciran.
Tugas kami sbg penyelaras modul untuk disesuaikan dan sbg panduan guru kaunseling menjalankan intervensi yg sesuai. 

Hari ni lebih kpd overview dan membina kerangka modul. Kami dibahagikan kpd group sekolah rendah dan menengah. Group saya terdiri dari Pn Julia Abu Sari dari SMK Puchong Perdana, Pn See Hong Eng dari SMK Bukit Rahman Putra, En Che Zanusi Che Ab Hadi dari SMK Setapak Indah, En Azhar Hj Mohd Razali dari PPD Keramat , En Azmi Murad B Abu Yamin dari PPD Petaling Utama dan En Mohd Pilus Abdullah penolong pengarah BPSH. 

Orait jumpa esok pemurniaan modul.

#MRT Stadium Kjg -Taman Tenaga
Take care kid.

































 

Telegram Channel