7 September 2017

Bengkel Pemantapan Dokumentasi KIK Dan Rancangan Eksekutif







Berjumpa sekali lagi dgn fasilitator kami Pn Maznah yg energetic dan bersemangat untuk membimbing kami sehingga tamat projek. Hari ini kami perlu menyiapkan slaid dokumentasi power point untuk penghakiman dgn versi yg dicetak. Cetakan itu perlu dijilid dan dibuat kulit muka hadapan yg menarik. Penjurian terhadap buku dokumentasi terlebih dahulu sebelum terpilih ke peringkat seterusnya untuk viva. Dan jumaat ini adalah datelinenya.

Maka dari pagi dgn jalan yg sesak menuju ke Shah Alam dgn sejam perjalanan dari sekolah. Dengan saya waze jalan manakala Rozi drive maka sampai juga ke BTPN ini. Tugasan hari ini Menyiapkan ringkasan eksekutif projek, meletakkan muka surat, membuat isi kandungan, mencari sumber dari mana tools digunakan dlm KIK, membuat daftar kata disamping edit ejaan lagi. Membuat penambahbaikan slaid, sedar tak sedar dah 7 jam mengadap. Lunch pun kami skip sebab nak kena jalan kaki ke luar dari BTPN ni untuk makan ambik masa. Lapar mmglah!! terasa pening kepala dan kurang produktiviti bila jam dah pkl 2 tp tak lunch lagi..maka mulalah asyik berangin, mual semua ada. Penangan masuk pertandingan yg melelahkan ini sampai saya selalu tersebut inilah pertama dan terakhir masuk pertandingan KIK..hahahaha.   Habis edit pukul 5.25 petang saya dan Rozi macam lipas kudung keluar dan rushing ke Cheras. Terima kasih En Agil dan Pn Maznah. Mereka pula yg pergi ke syarikat percetakan untuk print untuk urusan percetakan bahan kami.


Saya share ringkasan eksekutif projek KIK kami ini.
Kumpulan Inovatif Kreatif SMK Cheras terdiri dari 7 orang ahli.  Projek Kumpulan Inovatif Kreatif SMK Cheras dilaksanakan bagi tujuan menyelesaikan permasalahan penyampaian perkhidmatan kaunseling yang kurang efisien. Masalah ini berpunca daripada karenah birokrasi yang lambat yang mengakibatkan kegagalan memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan dari aspek perkhidmatan temu janji, rujukan murid, dan konsultasi atau ujian psikometrik. Dengan matlamat agar penyampaian perkhidmatan kaunseling dilaksanakan secara mudah, cepat, setempat dan interaktif. Oleh itu, projek KIK ini menetapkan sasaran bagi  mempercepatkan prosedur perkhidmatan pelanggan  berbentuk temujanji, rujukan, dan intervensi  psikometrik. Projek ini telah menghasilkan satu produk iaitu sistem e-Klien. Sistem e-Klien dibangunkan dengan mewujudkan tiga modul pengguna iaitu e-Murid, e-Guru dan e-Parent (ibu bapa). Modul e-Murid berfungsi sebagai medium perhubungan antara klien dan kaunselor, khususnya berkaitan dengan pembangunan dan perkembangan diri dan sahsiah. Antara aplikasi yang tersedia adalah, e-Temujanji, e-Intenvensi, e-Sharing, e-Jejak. Modul e-Guru pula, berfungsi sebagai rujukan murid dan maklumat secara setempat iaitu berpusat. Modul e-Guru merupakan site alternatif bagi guru-guru untuk mendapatkan maklumat berkaitan sekolah dan unit bimbingan dan kaunseling. Antara aplikasi yang tersedia adalah, e-Rujukan Murid, e-Edaran Surat, e-Relief dan e-Tempahan. Modul e-Parent berfungsi sebagai medium penghubungan secara atas talian antara ibu bapa, kaunselor, dan sekolah. Keberhasilan projek dari  aspek outcome dan impak projek ialah penjimatan kos penggunaan kertas iaitu set buku inventori psikometrik dan pelaporan skor dijimatkan 86% iaitu dari RM 497.50 kepada RM 69.30 sahaja. Penjimatan kos kertas untuk cetakan borang temujanji dan borang rujukan hingga 100% . Proses rujukan klien oleh guru  dijimatkan masa sehingga 98% iaitu dari 2 hari kepada 57 minit sahaja. Selain itu, penjimatan masa sehingga 58% untuk proses  intervensi ujian psikometrik dari 2 jam kepada 50 minit sahaja. Projek KIK ini juga menjimatkan sumber manusia dengan penjimatan 50% iaitu dari 2 orang yang terlibat untuk 3 aktiviti tindakan kepada seorang untuk satu tindakan. Impaknya peningkatan 60% kehadiran ibu bapa dan murid secara sukarela dan temujanji di bilik kaunseling. Peningkatan juga sebanyak 39% bilangan rujukan murid oleh guru dan peningkatan 85% kehadiran pelawat ke unit bilik kaunseling.  Sistem e-Klien yang dibangunkan akan menjadi inovasi yang akan dikembangkan dan boleh diakses di dalam aplikasi Operating System (OS) atau operasi Apple. Sistem ini berpotensi berkembang bukan setakat penggunaan di sekolah sahaja, tetapi ke peringkat institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Modul yang dibangunkan terutamanya modul e-Murid akan ditukar kepada e-siswa yang mengandungi ujian-ujian psikometrik dan inventori untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar peringkat kolej dan universiti kerana mereka masih memerlukan  inventori ini untuk mengetahui potensi diri. Jangkauan yang lebih tinggi dengan membina, menambah baik dan menyelaras sistem dengan keperluan semasa agar dapat digunakan kepada badan kerajaan dan berkanun, terutamanya untuk pengurusan kerja setempat, pengumpulan data secara cepat dan tepat. Malahan sistem ini juga boleh diaplikasikan untuk pengambilan kakitangan baru atau kenaikan pangkat. Justeru aplikasi sistem e-Klien akan berada pada tahap yang terbaik dengan pengunaan yang menyeluruh di seluruh negara dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang.

#What a hectic day
Asam pedas tetel make my day
Lunch cum dinner at 7.30 pm


















 

Telegram Channel