30 November 2017

SWOT, TOWS Matric, Strategi DiJana  Dan Pelan Strategik Unit Kaunseling Sekolah

SWOT, TOWS Matric, Strategi DiJana Dan Pelan Strategik Unit Kaunseling Sekolah

ANALISA MATRIKS (TOWS MATRIC)
DALAMAN
Kekuatan (Strenght)
Kelemahan (Weakness)
LUARAN
S1: Guru kaunseling merupakan kaunselor
       berdaftar yang cemerlang sebagai rujukan
S2: Unit Bimbingan Dan Kaunseling mantap
       dengan aktiviti dan diiktiraf menerima
        pelbagai anugerah kecemerlangan
S3: Organisasi Pembimbing Rakan Sebaya
       yang aktif dalam membantu aktiviti unit
       Bimbingan Dan Kaunseling

W1: Peruntukan kewangan yang terhad
W2 : Kekuatan hanya 3 guru bimbingan dan
          kaunseling
W3: Murid yang ponteng sekolah dan masih
        tidak mencapai KPI 90% kehadiran murid
         ke sekolah



OPPORTUNITIES

O1: Sekolah angkat kepada Yayasan
       Pendidikan Cheras
02: Jaringan komuniti bersama institusi
      pengajian tinggi berhampiran iaitu kolej
      YPC, UCSI dan INTI
03: Kumpulan sokongan ibu bapa yang aktif
04: Bantuan Polis Perhubungan dan pelbagai
     NGO yang aktif dalam kebajikan sekolah.

(S – O Menggunakan kekuatan untuk mengambil kesempatan pada peluang)

S103. Memantapkan disiplin dan sahsiah    
          unggul dengan kerjasama KSIB

S204:Meningkatkan kebajikan murid dengan
          kerjasama  NGO

S202. Meningkatkan hala tuju murid dengan
           kerjasama dengan IPTS.

S304: Menggunakan khidmat PRS dan NGO
          dalam meningkatkan disiplin dan
           sahsiah murid
W – T Menggunakan peluang untuk mengatasi kelemahan)

W101 : Mengendalikan aktiviti dengan
           peruntukan YPC dan IPT

W203: Memantapkan usaha menangani 
          masalah murid dengan kerjasama KSIB
          
W304 : Meningkatkan kehadiran murid melalui
           kerjasama dengan polis dan NGO

THREATS

T1: Sekolah dengan persekitaran yang
      berisiko iaitu sekolah hot spot dengan
      masalah disiplin
T2: Persekitaran lingkungan 6 km dari
      sekolah ialah pusat membeli belah yang
      popular
T3: Status murid yang ekonominya fakir dan
          miskin bandar seramai 50%.

(S – T Menggunakan kekuatan untuk  
           mengurangkan cabaran)

S1T1: Meningkatkan intervensi kaunseling
          dalam menangani masalah disiplin
          murid
S2T3: Menjalankan pelbagai intervensi
           sokongan dalam memastikan murid
           miskin tidak tercicir dari persekolahan
S3T2  Menggunakan khidmat PRS dalam
           mengenal pasti murid yang ponteng
           sekolah
(W – T Mengurangkan kelemahan dan
            cabaran)

W1T1 Mencari dana menjalankan aktiviti UBK
W2T2  Berkolaborasi dengan AJK Guru, PRS,
            NGO dan KSIB untuk melancarkan
        
         program kehadiran dan sahsiah murid.

W3T3 Mengenalpasti NGO dan Alumni yang
           boleh membantu lebih ramai murid
           belajar dengan kondusif




SENARAI STRATEGI  YANG TELAH DIJANA MELALUI TOWS MATRIKS

BIL
RUMUSAN TOWS MENGIKUT KUMPULAN

STRATEGI
1
Memantapkan disiplin dan sahsiah unggul dengan kerjasama KSIB

Mengenal pasti bentuk kolaborasi dengan pihak luar yang boleh dilakukan dalam menangani masalah murid.
2
Meningkatkan kebajikan murid dengan kerjasama  NGO


3
Menggunakan khidmat PRS dan NGO dalam meningkatkan disiplin dan sahsiah murid
4
Meningkatkan hala tuju murid dengan kerjasama dengan IPTS.

Meningkatkan kecekapan penggunaan dana dan kemudahan untuk menjalankan program
5
Mengendalikan aktiviti dengan peruntukan YPC dan IPT

6
Memantapkan usaha menangani masalah murid dengan kerjasama KSIB
          
Meningkatkan kekerapan intervensi murid
untuk hadir ke sekolah









7
Meningkatkan kehadiran murid melalui kerjasama dengan polis dan NGO

8
Meningkatkan intervensi kaunseling dalam menangani masalah disiplin  murid

9
Menjalankan pelbagai intervensi sokongan dalam memastikan murid
miskin tidak tercicir dari persekolahan
10
Menggunakan khidmat PRS dalam mengenal pasti murid yang ponteng
sekolah
11
Mencari dana menjalankan aktiviti UBK
12
Berkolaborasi dengan AJK Guru, PRS, NGO dan KSIB untuk melancarkan
program kehadiran dan sahsiah murid.

13
Mengenalpasti NGO dan Alumni yang boleh membantu lebih ramai murid
belajar dengan kondusif




Senarai Strategi Mengikut Keutamaan

Bil
KOD KUMPULAN
STRATEGI
1
ST, WT
Meningkatkan kekerapan intervensi murid untuk hadir ke sekolah
2
SO
Mengenal pasti bentuk kolaborasi dengan pihak luar yang boleh dilakukan dalam menangani masalah murid
3
SO, WT
Meningkatkan kecekapan penggunaan dana dan kemudahan untuk menjalankan program




PELAN STRATEGIK UBK
Anjakan: 3,8, 9

ASPIRASI   : 6 aspirasi murid

Pencapaian kemahiran insaniah yang tinggi oleh semua murid
Matlamat Strategik

Tanggungjawab
Inisiatif

Sasaran Prestasi
KPI
Objektif
2018
2017
2016
TOV
Guru kaunseling
Guru disiplin
AJK SUIT
1) Program Zoom In
2) Bengkel SPOT
90%
89%
87%
86%
90% kehadiran murid ke sekolah

Murid dapat hadir 90% ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran di sekolah dengan lancar
Guru kaunseling
Guru disiplin
Guru penasihat PPS
Guru penasihat Koperasi
Guru penasihat Lembaga Pengawas

1) Bengkel dan Kursus Kepimpinan
Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, AJK Koperasi dan PRS
40
20
15
10
Maksimum 10 aduan mengenai pemimpin murid yang kurang berdisiplin
Pemimpin murid dapat dijadikan ikon contoh sahsiah terpuji.
Guru kaunseling
Guru kebajikan
1) Psikometrik Minda Sihat
2) Bengkel Minda Sihat
3) Outreach dan Intervensi
50%
60%
65%
70%
70% murid yang mendapat skor teruk memperolehi normal selepas intervensi
Murid mengetahui bagaimana  teknik menangani stres.
Guru Kaunseling
1) Psikometrik
2) Pameran Kerjaya
3) Lawatan Kerjaya
4) Ceramah Kerjaya
70%
80%
85%
90%
90% murid tahu aliran yang perlu diikuti
Murid mengetahui personaliti diri, minat kerjaya dan aliran yang sesuai dengan minat dan pencapaian mereka.


Bonding with Zahidah
PetuaBonda 



28 November 2017

Program Bas Sekolah Percuma Untuk PPR dan PA DBKL

Program Bas Sekolah Percuma Untuk PPR dan PA DBKL

Hari ni ke Institut Latihan DBKL. Ingatkan bengkel guru rupanya dgn pengusaha bas sekolah percuma, ahli PUSPAKOM, KDNKK, Majlis Perwakilan Penduduk dan mcm mcm lagi NGO.
DBKL mengadakan bengkel penambahbaikan program bas percuma untuk murid PPR dan Perumahan Awam DBKL. Yg menariknya ialah tahun depan merupakan tahun kedua projek ini dijalankan dan DBKL memerlukan feedback dan idea idea mengenai kelemahan dan kenkangan program ini. Maka kami dibahagikan kpd 4 kumpulan untuk berbincang mengenai 4 topik penting. Dan setelah perbincangan diadakan, sesi pembentangan dibuat untuk memberikan input kepada yg lain. Satu usaha murni yg baik untuk murid murid di bawah projek DBKL.
Tetapi terus terang saya katakan saya sendiri tidak tahu siapakah murid saya yg menaiki bas percuma ini untuk sesi 2017. Ingatkan saya seorang sahaja yg tak tau rupanya hampir semua guru terutama guru sekolah menengah yg terlibat dgn bengkel ini tidak tahu siapakah murid mereka yg menaiki bas percuma ini. Ini kerana urusan pendaftaran melibatkan ibu bapa dan persatuan penduduk sahaja. Seingat saya sepanjang setahun duduk kat pagar di awal pagi, mmg tak nampak bas sekolah percuma ini menurunkan murid saya apatah lagi memakai tag kuning yg mereka penumpang bas sekolah percuma DBKL. Samaada murid saya yg di sekolah menengah sesi pagi ni mmg tak ada yg naik atau mereka naik tapi bas sekolah tu park di celah celah taman perumahan yg saya tak nampak.?


Hari ni yg bagusnya saya mengumpul semua nombor phone pengusaha bas sekolah percuma group saya utk survey trip lawatan sekolah. 

Maka antara cadangan penambahbaikan untuk tahun 2018 yg dipohon sewaktu sesi pembentangan perbengkelan ialah:
1) senarai nama murid yg mengikuti program bas percuma diedarkan ke sekolah agar pihak sekolah mengetahui bahawa murid ini tidak ada alasan lewat sbb menunggu bas atau alasan tidak ke sekolah krn tiada duit bas atau sbgnya.
2) mengadakan 2 pickup point berbanding satu pickpoint untuk setiap PPR kerana blok yg jauh agak memakan masa untuk berjalan.
3) Pengusaha bas hanya boleh menunggu 15 minit sahaja di pickup point di awal pagi dan jika terlewat, pengusaha bas tidak dipersalahkan krn tidak mengambil anak mereka.
4) Waktu balik, pengusaha bas hanya boleh menunggu 5 hingga 10 minit sahaja di setiap sekolah, dan jika ada kelas tambahan atau kokurikulum maka perlu dimaklumkan kpd ibu bapa bahawa pengusaha bas tidak menunggu untuk mengambil mereka.
5) Pengusaha bas memastikan semua murid turun di sekolah masing masing.
6) 2 trip diperuntukkan untuk setiap bas di kawasan PPR tersebut dan murid diminta mematuhi trip masing masing untuk tidak menggangu trip yg lain. Jika murid tidak mematuhi masa trip tersebut, pengusaha bas tidak dipersalahkan.
7) Rider DBKL diminta menguruskan aliran trafik di kawasan hadapan sekolah.
8) booklet perkhidmatan bas percuma diedar kpd ibu bapa dan sekolah
9) bantuan dari pihak sekolah untuk menyampaikan info ttg bas sekolah percuma semasa perhimpunan.
10) Public engagement dan turun padang. 

Terima kasih DBKL.

Silent mode
Keep calm :(






















27 November 2017

Holistic Youth Camp 2017

Holistic Youth Camp 2017










Program Holistic Youth Camp 2017  ini merupakan satu program anjuran bersama  Pusat Belia Antarabangsa IYC dan Pusat Kecemerlangan Perniagaan University Malaya (CBE UM). Terbuka kepada orang awam yang diiklankan dengan harga tertentu dan untuk pakej kuota sekolah juga kepada sekolah yang berminat. Terima kasih kepada Puan Lahaniz iaitu penganjur LahaZone yang mengendalikan program ini yang merupakan AJK PIBG sekolah yang mencadangkan mengenai program ini.

Seramai 7 orang murid SMK Cheras yang terdiri dari pemimpin sekolah iaitu pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah dan PRS menyertai program yang berbaloi ini dengan pengisian mantap dan speaker yang hebat. 

Antaranya slot 1:  ice breaking
Slot 2 : Snake And Ladder (Misi Kita Bersatu Mencapai Kejayaan)
Slot 3 : Siapa Saya? Bersama Dr Hj Mohd Maliki (Misi Cetuskan Potensi, Lonjakan Prestasi)
Slot 4 : IQLICIOUS ( Misi Saya Bijak Dan Saya Cekal)
Slot 5 : Kuasa Pilihan ( Saya Progresif Dan Saya Proaktif)
Slot 6 : Catch The Dice ( Saya Mempunyai Daya Fokus Yang Tinggi)
Slot 7 : Lets Get Fit ( Misi Saya Bersemangat Waja)
Slot 8 : Teknik Memori Smart Study ( Tn Osman Affan)
Slot  9: Catch Your Dreamboard ( Cikgu Jinggo)



Slot Osman Affan dengan Teknik Memory Smart Study dan saya pernah menjemputnya ke sekolah dan memang menarik minat murid untuk megamalkan apa yang dikongsikan. Guru -guru kaunseling jika anda menjemput Tuan Osman Affan ini, murid akan menerima buku nota iringan sambil mencatat nota ceramah yang disampaikan pada buku nota tersebut


Cikgu Jinggo dengan Catch Your Dreamboard dengan misi mempunyai matlamat yang jelas dan menguasai 7S. Teknik perkongsian cerita dan bagaimana menguasai 7S. Saya sempat mengikuti bengkel bersama Cikgu Jinggo ini dan duduk di belakang dari pukul 3.00 hingga 4.30 tersebut. Sangat terkesan dan berbaloi dengan tajuk yang diberikan. Cara penyampaian yang santai dan pelbagai intonasi dan gaya menyebabkan pendengar akan mendengar lagi dan lagi. 

Seronok tengok hasilnya, murid -murid saya sangat energetik selepas program ini, berani ke depan dan berkomunikasi di atas pentas. Mereka juga tanpa segan silu memberikan kerjasama dengan sukarela. program 2 hari ini mempunyai pengisian yang menghiburkan dan bermotivasi. Tidak terlalu lama mengikuti ceramah sahaja, tetapi permainan motivasi dengan pelbagai ganjaran hadiah disediakan mendorong murid -murid ini meneroka dan berani mencuba. 

Di sesi penutup, 2 murid saya iaitu Nisa dan Syarifah memberanikan diri ke pentas dan berkomunikasi sendiri dengan pengarah iaitu Dr Ahmad Zahiruddin pengarah CBE untuk sesi penutup. Well done! Terima kasih bagi ucapan penghargaan terima kasih kat cikgu kerana menghantar kamu mewakili sekolah  ke program ini. 

Tahniah kepada Zahidah penerima hadiah untuk like di media sosial. dan tahniah kepada Zahidah, Syarifah, Khairunisa dan Muhammad Farietz kerana menerima anugerah HYC Star Saya Hebat !


Usah dijolok sarang tebuan 
Dari diam terus menyengat 



















































 

Telegram Channel