16 November 2017

Ganjaran Murid Kehadiran Terbaik Ke Sekolah

Hari Khamis dgn cuaca yg baik, lega betul saya. Maklumlah semalam hujan lebat dari pagi hingga petang.
Bersama 75 murid yg mempunyai kehadiran penuh ke sekolah dan maksimum 2 hari tidak ke sekolah, saya membawa juga kelas 1 imtiyaz iaitu kelas yg mempunyai peratus tertinggi  kehadiran  ke sekolah.
Tempat yg dipilih ialah Taman Wetland Puterajaya dan juga ke Agensi Nuklear Malaysia. Murid dibawa secara percuma bersama pakej mkn tengah hari. Knp Wetland? Sebab murid murid abad 21 ni tak berapa gemar nak jalan jalan dalam taman. Dahla dok pegang handphone dan main game dlm bas, jadi lebih baik acara santai jln jln dalam kehijauan, berbasikal, berjogging, pusat penghayatan alam dgn landskap yg indah, menara tinjau dgn pemandangan alam..menyejukkan mata yg memandang.
Jika buat program berbayar, kurang sambutannya. Maka bila buat program untuk murid ganjaran seperti ini, mereka redha follow dan bila dah pergi maka keseronokan akan muncul bila dapat explore tempat yg belum pernah mereka pergi.
Pukul 12 tgh hari kami ke Agensi Nuklear Malaysia di Bangi. Pengalaman baru murid untuk menarik minat mereka menyukai sains dan teknologi. Penerangan yg sangat teknikal tetapi menarik. Rombongan kami juga dibawa ke makmal untuk sesi penerangan bersama staff di sana. Terima kasih kpd Agensi Nuklear Malaysia yg melayan kami dgn baik. banyak gift diperolehi murid melalui kuiz dan cenderamata untuk guru pengiring.
Kertas kerja ada saya masukkan dalam entri blog terdahulu. 

Reward 5A1C
Congrats Farhan

































Di Taman Wetland Puterajaya





















 

Telegram Channel