31 March 2017

Kesan Modul Strategi Daya Tindak Kerohanian (MSDTK) terhadap Kebimbangan

Kesan Modul Strategi Daya Tindak Kerohanian (MSDTK) terhadap Kebimbangan



Kesan Modul Strategi Daya Tindak Kerohanian (MSDTK) terhadap Kebimbangan dalam kalangan Guru Pelatih di Institut Pendidikan Guru

Mohd Hafidz Osman, Md Noor Saper,Muhammad Nasir Bistamam dan Faizah Abd Rashid
Kbm7871@yahoo.com.my


ABSTRAK
Kajian ini adalah untuk melihat kesan Modul Strategi Daya Tindak Kerohanian (MSDTK) terhadap kebimbangan dalam kalangan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif kajian ekperimen berbentuk kuasi eksperimen bertujuan untuk mengukur kesan Modul Strategi Daya Tindak Kerohanian (MSDTK) terhadap kebimbangan berdasarkan pra ujian dan pos ujian antara kelompok rawatan dan kelompok kawalan. Sampel kajian kuasi eksperimen pula seramai 120 orang pelajar berdasarkan jantina. Sampel kajian eksperimen dipilih secara persampelan rawak bertujuan. Sampel kajian diagihkan kepada dua kumpulan iaitu 60 orang kelompok rawatan dan 60 orang kelompok kawalan. Data dikumpul menggunakan soal selidik kebimbangan. Data kajian dianalisis secara deskriptifuntuk melihat nilai min pra ujian dan pos ujian.  Dapatan kajian eksperimen menunjukkan MSDTK dapat mengurangkan kebimbangan kelompok rawatan berbanding kelompok kawalan.Secara keseluruhan menunjukkan modul daya tindak agama perspektif Islam MSDTK berkesan mengurangkan kebimbangan dalam kalangan guru pelatih.

Kata kunci:Modul Strategi Daya Tindak Kerohanian, kebimbangan, jantina dan Guru pelatih











The effects of Spiritual Coping Strategy Module towards anxiety amongst teacher trainees in Teacher Training Institutes

 

Abstract

 

This study intends to look into the effect of Spiritual Coping Strategy Module (MSDTK) towards the aspect of anxiety amongst teacher trainees in Teacher Training Institutes. This research method adopt the qualitative quasi experiment approach to measure the effects of the Spiritual Coping Strategy Module towards anxiety based on the pre- and post-test results between the control group and the experimental group. There are 120 teacher trainees involved as quasi-experiment samples based on their genders and years of studies. The experiment study samples are chosen based on purposive random sampling. The experimental samples have been divided into two groups of which 60 samples are for the experiment group while the other 60 are for the control group. The data are gathered using sets of questionnaires on anxiety. The descriptive data analysis method was used to find the min score of the pre- and post-test. The findings indicate that the Coping Strategy Module has able to reduce the level of anxiety among the control group as compared to the experimental group. As a whole the Coping Strategy Module from the Islamic perspective was able to reduce the level of anxiety amongst the teacher trainees.

 

Key words: Spiritual Coping Strategy Module; anxiety; gender; teacher trainees

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENDAHULUAN


            Sistem Pendidikan Kebangsaan sedang maju dan berkembang pesat dengan memasuki satu era globalisasi ke arah pendidikan yang bertaraf dunia, kemajuan pesat dunia pendidikan ini disokong pula dengan perkembangan teknologi maklumat(Salema, 2006). Di era abad ke 21 ini transformasi pendidikan dilancarkan dengan Pelancaran pelan pembangunan pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025), selari dengan ini visi dan misi bahagian pendidikan guru untuk melahirkan dan melaksanakan sistem pendidikan guru bertaraf dunia (Tuan Jaafar, 2009).
Mehnah cabaran dan halangan harus di gembleng dan tempuhi untuk merealisasikan pendidikan maju bertaraf kelas pertama. Dalam memajukan pendidikan bertaraf kelas pertama, sudah pastinya permasalahan tekanan akan timbul dan perlu ditangani dalam kalangan pegawai perkhidmatan awam amnya dan dalam bidang pendidikan khasnya.
Sektor Institut Pendidikan Guru juga mengalami perubahan. Penjenamaan daripada Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru. Perubahan daripada melahirkan guru-guru pelatih berkelayakan Sijil Diploma Perguruan kepada berkelayakan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Matlamat Institut Pendidikan Guru adalah untuk melahirkan Guru-guru pelatih yang mempunyai ciri-ciri seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Guru.
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersepadu, demokratik dan berdisiplin(Bahagian Pendidikan Guru, 2010).
Tranformasi ini bagi melahirkan bakal guru yang mempunyai konpetensi yang tinggi bagi mendepani pelbagai isu semasa. Perkara ini sedikit sebanyak memberikan implikasi kepada para bakal guru dan berpotensi dengan pelbagai cabaran meliputi masalah kebimbangandalam kehidupan mereka sepanjang pengajian.
Permasalahan ini menggambarkan bahawa pelajar dan mahasiswa sentiasa berhadapan dengan permasalahan tekanan dan kebimbangan. Begitu juga dengan pelajar-pelajar di Institut Pendidikan Guru yang berstatuskan sebagai “Guru Pelatih”. Permasalahan kebimbangana sering mengganggu pengajian dan kehidupan seharian mereka.. Menurut (Mohd Norwi 1994) Antara masalah yang sering menghantui guru pelatih ialah wujudnya pelbagai bentuk kebimbangan dalam latihan yang mereka hadapi. Menurut Mohammed Sani (1991) dan (Mihat, 1995)menjelaskan bahawa kebimbangan yang dihadapi oleh guru pelatih berkait rapat dengan i) Pengaruh rakan sebaya         ii-Keluarga iii-Persekitaran iv-Kaedah serta bahan pengajaran yang kurang sesuai v-Suasana sosio emosi yang kurang sihat  vi-Tahap kesihatan yang rendah vii-Kualiti pensyarah x-Pengurusan IPG. Menurut (Mountjoy & Bailey, 2011) guru pelatih mengalami kebimbangan ketika latihan mengajar. Penilaian dan Pengurusan Bilik Kelas antara punca kebimbangan dalam kalangan guru pelatih(Paker, 2011)

PENYATAAN MASALAH


Kebelakangan ini dalam pendidikan guru juga mengalami pelbagai perubahan. Fokus Institut Pendidikan Guru adalah untuk melahirkan bakal-bakal guru yang mempunyai ciri-ciri individu yang berkeyakinan terhadap diri sendiri, bersifat inovatif, gigih menghadapi cabaran dan berorientasikan kecemerlangan serta berjiwa maju (Bahagian Pendidikan Guru, 2010). Aspek kerohanian, moral, kesejahteraan diri, ketahanan mental dan fizikal perlu diterapkan kepada guru pelatih agar ia bertepatan dengan domain diri amalan nilai profesional keguruan iaitu merujuk kepada kepercayaan kepada tuhan, nilai keagamaan, sabar, budi bahasa, daya tahan, daya saing, tahan lasak, cergas, aktif, sihat, berkemahiran Interpersonal dan Intrapersonal (Bahagian Pendidikan Guru, 2010). Guru pelatih yang tidak mempunyai domain diri dalam amalan nilai profesional keguruan mudah terjebak ke arah kebimbangan, tekanan dan kemurungan.
Kajian Kementerian Kesihatan mendapati pelajar di negara ini mengalami tahap tekanan yang tinggi.Kajian ini menunjukkan bahawa sebanyak daripada 6,540 orang murid yang telah disaring, 17.1 peratus daripadanya mengalami tanda-tanda keresahan yang teruk, 5.2 peratus kemurungan yang teruk dan 4.8 peratus stres yang teruk (Ismail, 2011). Kehidupan pelajar mudah terdedah kepada kebimbangan dan tekanan.  Menurut (Renata, 2004) kebimbangan boleh dianggap sautu keadaan yang serius menghalang individu daripada berfungsi dan melibatkan diri dengan orang lain.
Kebimbangan adalah halangan utama terhadap kesejahteraan individu. Tindak balas normal kepada bahaya, kemudian kepada keterlaluan dan bergantung pada penilaian individu daripada ancaman dalam situasi yang berlainan (Diana & Frank, 2003). Menurut (Mihat, 2006) kebimbangan yang tinggi akan menyebabkan iltizam dan personality pelajar merosot dapatan kajian juga menunjukkan kebimbangan yang tinggi menjejaskan iltizam guru pelatih terhadap profesioanal perguruan.. Kajian yang di lakukan oleh (Kaula Assumpta, Peter J O, & Ndeke Florentina, 2014) menunjukkan bahawa kebimbangan yang tinggi mempunyai kesan negatif kepada kualiti keputusan akademik dan  keupayaan melaksanakan tugas dengan berkesan. Menurut (Kim Chuan, Angela F L, Doris, & Justina Puay, 2009) mendapati bahawa kebimbangan yang tinggi menyebabkan guru pelatih rendah keyakinan. Masalah kebimbangan dan kemurungan dan masalah kewangan dan kemurungan boleh menjejaskan prestasi akademik pelajar (Andrews & Wilding, 2004). Menurut (Hopko, Crittendon, Grant, & Wilson, 2005)seseorang pelajar yang mempunyai kebimbangan yang tinggi boleh ketinggalan dalam bidang akademik.
Permasalahan ini menggambarkan bahawa guru pelatih di Institut Pendidikan Guru dan mahasiswa ssering kali mengalami masalah kebimbangan. Permasalahan kebimbangan sering menghantui dalam pengajian mereka. Kesejahteraan individu terganggu dengan masalah kebimbangan. Menurut Renata (2004) kebimbangan merupakan suatu keadaan yang serius yang boleh menghalang individu daripada berfungsi dan melibatkan diri dengan orang lain.
Terdapat pelbagai modul dan intervensi telah diaplikasikan untuk mengatasi serta merawat kebimbangan. Namun masih terdapat kebimbangan dalam kalangan guru pelatih. Ini menunjukkan kepada keperluan satu intervensi strategi daya tindak yang lebih praktikal dan menyeluruh serta berkonsepkan kerohanian. Menurut (Kirby, 2012) Terdapat kajian yang mengesahkan peranan keagamaan dan kerohanian sebagai sumber daya tindak yang berkesan. Kajian oleh(Buchanan, 2009) mendapati bahawa elemen kerohanian boleh membantu guru mengatasi perasaan bimbang dan tekanan serta menerapkan pengurusan kerjaya yang berkesan. Keberkesanan guru mengaplikasikan kerohanian dalam mengurangkan tekanan dan kebimbangan, dengan berfungsi sebagai 'alat' untuk berhubung dengan pelajar (Stanley, 2011).
Terdapat kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan faktor kerohanian terhadap tekanan dan kesihatan mental (Chung, 2010). Kajian yang di lakukan oleh (Ferlis b, Balan, & Rosnah, 2009) mendapati bahawa pelajar sering mendapatkan sokongan kerohanian dalam menangani tekanan. Kajian yang di lakukan oleh (Wastell & Shaw, 1999) menunjukkan guru pelatih yang tinggi kerohaniannya tidak berkecenderungan untuk membunuh diri. Menurut (Salleh & Zuria, 2009) faktor kerohanian menjadi salah satu penentu makna hidup dan kepercayaan keupayaan diri individu serta sokongan sosial yang baik. Justeru dengan itu, pendekatan kerohanian sangat releven untuk di aplikasikan.
Berdasarkan kenyataan di atas kebanyakan kajian lebih berfokus kepada pendekatan agama dan pengaruhnya dalam menangani isu kebimbangan. Namun demikian masih kekurangan kajian tentang pembinaan modul kerohanian strategi daya tindak sebagai intervensi dalam mengatasi masalah tekanan dan kebimbangan belum mendapat perhatian

 

 

METODOLOGI


            Kajian ini menggunakan kaedah reka bentuk kuasi ekperimen. Kajian ini dilaksanakan di dua buah Institut Pendidikan Guru iaitu Institut pendidikan Guru di Kedah (IPGK) dan Institut Pendidikan guru di Perak (IPGP). Tujuan kajian eksperimen adalah untuk mengukur kesan pemboleh ubah bersandar iaitu Modul Strategi Daya Tindak Kerohanian (MSDTK) terhadap kebimbangan dalam kalangan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru. Kesan MSDTK diuji melalui analisis data kuantitatif dengan mengukur perbezaan ukuran pra ujian dan pos ujian soal selidik tekanan antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan. Pensampelan rawak bertujuan (Purposive random Sampling) digunakan untuk memilih subjek kajian.
Soal selidik diadaptasikan daripada kajian Mihat Dolah (2006) digunakan untuk mengukur tahap kebimbangan guru pelatih berdasarkan pra dan pos ujian. Pengukuran setiap ítem menggunakan skala Likert 5 mata yang mengandungi 40 item.
Seramai 120 orang sampel kajian yang terlibat. 60 orang di IPGK dan 60 orang di IPGP. Seramai 60 orang dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan 60 orang di kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan disediakan intervensi Modul Strategi daya tindak kerohanian (MSDTK), manakala kumpulan kawalan tidak berikan intervensi.
Semua data yang telah diperolehi di analisis dengan menggunakan“Statistical Package for social sciences “(SPSS V.2.0 for Window). Analisis data kajian eksperimental dilakukan terhadap data kajian eksperimen MSDTK ke atas kebimbangan.

 




DAPATAN KAJIAN



Jadual 1: Ringkasan dapatan deskriptif pra ujian dan pos ujian terhadap kebimbangan antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.


Pemboleh
Ubah
Kumpulan
Min
Perubahan
min
Pra ujian
Pos Ujian
Kebimbangan
Rawatan
166.58
115.31
-51.27

Kawalan
165.78
171.65
5.87

Hasil kajian seperti Jadual 1 menunjukkan berlaku penurunan min pra ujian dan pos ujian kebimbangan kumpulan rawatan (-51.27). Manakala pada kumpulan kawalan berlaku peningkatan min pra dan pos ujian kebimbangan (+5.87).

Manakala dapatan inferensi pra ujian dan pos ujian kebimbangankumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dapat dilihat berdasarkan Jadual 2 berikut:

Jadual 2           Hasil analisis T bersandar tekanan bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan pada pra ujian dan pos ujian
Kumpulan
Ujian
Sum
Min
Nilai-t
df
Sig. (p)
Rawatan
Pra
166.58
-51.26
40.886
59
0.000
Pos
115.31
Kawalan
Pra
165.78
+5.86
-6.043
59
0.000
Pos
171.65





Hasil analisis Ujian T pada Jadual 2 pula menunjukkan bahawa terdapat penurunan min signifikan (min = -51.26, t = 40.886, p<0.05) pra ujian dan pos ujian tekanan pada kumpulan rawatan. Manakala pada kumpulan kawalan berlaku peningkatan min yang signifikan (min +5.86, t = -6.043, p<0.05) pra ujian dan pos ujian tekanan. Ini menunjukkan bahawa rawatan MSDTK berkesan dalam menurunkan kebimbangan dalam kalangan guru pelatih.


PERBINCANGAN DAN PENUTUP


Matlamat kajian eksperimen dijalankan untuk mengukur kesan MSDTK terhadap dalam kalangan guru pelatih yang mengalami kebimbangan yang tinggi. Proses kaunseling kelompok dilaksanakan, dimana sampel kajian dibahagikan kepada kelompok rawatan dan kelompok kawalan. Proses intervensi kaunseling kelompok diberikan kepada kelompok rawatan dengan menggunakan MSDTK dan kelompok kawalan tidak diberikan intervensi. Kesan intervensi MSDTK telah dibuktikan berdasarkan analisis data secara kuantitatif.  MSDTK ialah modul kauseling kelompok berstruktur dan berorientasikan intervensi berbentuk rawatan ke atas kebimbangan.
Hasil dapatan kajian rawatan menunjukkan bahawa kaunseling MSDTK berkesan dalam memberikan intervensi berbentuk rawatan ke atas sampel kajian dan kesannya dibuktikan secara analisis kuantitatif. Hasil kajian secara analisis kuantitatif telah membuktikan bahawa terdapat perbezaan secara signifikan kesan bacaan min pra ujian dan pos ujian semua pemboleh ubah terikat iatu kebimbangankelompok rawatan berbanding kelompok kawalan.
Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan terdapat penurunan yang bermakna bagi min pos ujian berbanding dengan min pra ujian pemboleh ubah utama kebimbangan. Nilai penurunan keseluruhan kumpulan rawatan ialah dari tahap tinggi 166.58 kepada tahap rendah 115.31. Secara analisis deskriptif skor min pra ujian dan pos ujian bagi pemboleh ubah terikat utama iaitu kebimbangan melalui perbandingan kelompok rawatan dan kelompok kawalan juga menunjukkan terdapat penurunan pos ujian berbanding pra ujian. Ini membuktikan bahawa rawatan MSDTK yang di jalankan berkesan menurun tahap kebimbangan dalam kalangan sampel kajian.
Dapatan kajian ini selari dengan matlamat utama kajian iaitu mengurangkan tahap kebimbangan. Kajian ini juga memperlihatkan bahawa kejayaan Strategi daya tindak kerohanian yang berkesan dapat mengurangkan tahap kebimbangan. Dapatan ini di sokong oleh (Seyedfatemi, Tafreshi, & Hagani, 2007) menyatakan strategi daya tindak yang berkesan iaitu mengembalikan kepada keadaan yang seimbang dan mengurangkan kesan negatif daripada tekanan dan kebimbangan. Menurut (Chua Bee, 2004) Strategi daya tindak yang digunakan oleh seseorang boleh mengubah penilaian dan tindak balas seseorang terhadap situasi yang dialami oleh mereka. Kajian ini disokong dengan kajian yang di lakukan oleh (Che Haslina, 2014) mendapati terdapat kesan positif intervensi bimbingan kerohanian terhadap kebimbingan.. Kajian ini juga menyokong terhadap kajian yang dilakukan oleh(Wachholtz & Pargament, 2005) intervensi kerohanian memberi kesan signifikan terhadap penurun kebimbangan ke atas kelompok rawatan.
Pendekatan yang diaplikasi dalam kajian ini ialah intervensi MSDTK yang dibina berteraskan elemen kerohanian yang diperkenalkan oleh (Salasiah, 2008) dan (Md Noor, 2012). Pengkaji pula telah menggabungkan elemen kerohanian dan terapi tingkahlaku kognitif (TTK) dalam modul ini. Menurut (Fauziah, 2014) agama merupakan fitrah semula jadi manusia bagi membantu keperluan manusia dari segi aspek jiwa, roh dan jasad. Intervensi MSDTK telah membuktikan bahawa pendekatan berteraskan keagamaan menghasilkan natijah yang signifikan dalam membantu sampel kajian ke arah perkembangan yang positif. Kajian in menyokong kajian yang telah dilakukan oleh (Sapora, 2007);Md Noor, 2012;Che Haslina, 2014;(Fauziah, 2014); Abdullah 2015 dan  Zainol 2016).
            Sebagai kesimpulannya, intervensi agama dalam amalan perkhidmatan kaunseling boleh diaplikasikan dalam membantu klien yang menghadapi kebimbangan di Institut Pendidikan Guru. Kajian ini juga akan menjadi nilai tambah kepada amalan kaunseling sedia ada dalam proses memberi perkhidmatan yang lebih berkesan seterusnya meningkatkan lagi profesionalisme perkhidmatan kaunseling.




Rujukan

Andrews, B., & Wilding, J. M. (2004). The relation of depression and anxiety to life-stress and achievement in students. British Journal of Psychology (London, England : 1953), 95(Pt 4), 509–21. http://doi.org/10.1348/0007126042369802
Bahagian Pendidikan Guru. (2010). Standard Guru Malaysia (Pertama). Putrajaya.
Buchanan, M. T. (2009). The Spiritual dimension and curriculum change. International Journal of Children’s Spirituality, 14(4), 385–394. http://doi.org/10.1080/13644360903293648
Che Haslina, A. (2014). Intervensi Modul Bimbingan Islam Terhadap masalah kecelaruan kebimbangan umum dalam kalangan pelajar Universiti: Satu Kajian kes. Universiti Sains Malaysia.
Chua Bee, S. (2004). Stres pekerjaan, kepuasan kerja, masalah kesihatan mental dan strategi daya tindak : satu kajian di kalangan guru sekolah di Kota Kinabalu, Sabah. Jurnal Teknologi, 40(E)(November), 1–18.
Chung, K. Y. (2010). Moderation Effects of Spirituality on Stress and Health. Arizona State University.
Diana, S., & Frank, W. (2003). Counselling for Anxiety Problem. (D. Windy, Ed.) (Second). United Kingdom: Sage Publisher.
Fauziah, M. S. (2014). Keberkesanan kaunseling kelompok pendekatan pemusatan insan dan pendekatan psikologi kognitif ad-din ke atas konsep kendiri, kemurungan dan daya tahan remaja hamil luar nikah. PhD Proposal. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ferlis b, B. @ B., Balan, R., & Rosnah, I. (2009). Sumber stres , strategi daya tindak dan stres yang dialami pelajar universiti. Jurnal Kemanusiaan bil.13.
Hopko, D. R., Crittendon, J. a., Grant, E., & Wilson, S. a. (2005). The impact of anxiety on performance IQ. Anxiety, Stress & Coping, 18(1), 17–35. http://doi.org/10.1080/10615800412336436
Ismail, H. (2011). Tahap Stres Pelajar Kita Tinggi. Utusan Malaysia. Putrajaya.
Kaula Assumpta, S., Peter J O, A., & Ndeke Florentina, N. (2014). The Relationship between Anxiety Levels and Academic Achievement among Students in Selected Secondary Schools in Lang’ata District, Kenya. Journal of Educational and Social Research, 4(3), 403–414. http://doi.org/10.5901/jesr.2014.v4n3p403
Kim Chuan, G., Angela F L, W., Doris, C., & Justina Puay, T. I. (2009). Confidence levels after practicum experiences of student teachers in Singapore : An exploratory study. Journal Of Educational Policy, 2(6), 121–140.
Kirby, K. (2012). The Effects of Spirituality and Religiosity upon Stress , Anxiety , and ... Northcentral University.
Md Noor, S. (2012). Pembinaan Modul bimbingan“ Tazkiyah An-Nafs” dan Kesannya Ke Atas Religiositi dan Resiliensi Remaja. Universty Utara Malaysa.
Mihat, D. (1995). Pengurusan Tekanan Guru Pelatih : Satu Analisis Di Maktab-Maktab Perguruan Terpilih. University Utara Malaysia.
Mihat, D. (2006). Kebimbangan, personaliti, dan iltizam Guru Pelatih Di Maktab Perguruan. University Kebangsaan Malaysia.
Mountjoy, K., & Bailey, G. Exploring Concerns of Business Student Teachers (2011).
Paker, T. (2011). Student Teacher Anxiety Related to the Teaching Practicum. Eurasian Journal of Education Research, (42), 207–224.
Renata, S. (2004). On Anxiety (First). New York: Routledge Taylor and Francis.
Salasiah, H. H. (2008). Pendekatan Da’wah Al-Irsyad Al-Nafsiyym. Universiti Sains Malaysia.
Salema, A. (2006). Amalan Nilai Murni di Kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah. Universiti Sains Malaysia.
Salleh, A., & Zuria, M. (2009). Hubungan antara Ketegasan Diri dan Kepuasan Hidup dalam Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(2), 49–65.
Sapora, S. (2007). Keberkesanan Kaunseling Kelompok Pemusatan Insan, Rasional Emotif Tingkah laku dan Psikologi Kognitif Ad-Din Ke atas tahap tekanan, kepuasan kerja, strategi berdaya tindak dan sokongan sosial Guru. University Kebangsaan Malaysia.
Seyedfatemi, N., Tafreshi, M., & Hagani, H. (2007). Experienced stressors and coping strategies among Iranian nursing students. BMC Nursing, 6, 11. http://doi.org/10.1186/1472-6955-6-11
Stanley,  a. Q. (2011). Benefits of teacher “connections” in stressful educational settings. International Journal of Children’s Spirituality, 16(1), 47–58. http://doi.org/10.1080/1364436X.2010.540752
Tuan Jaafar, T. M. F. (2009). Kerjaya sebagai Guru (Edisi Kedu). Batu Caves, Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Wachholtz, A. B., & Pargament, K. I. (2005). Is spirituality a critical ingredient of meditation? Comparing the effects of spiritual meditation, secular meditation, and relaxation on spiritual, psychological, cardiac, and pain outcomes. Journal of Behavioral Medicine, 28(4), 369–384. http://doi.org/10.1007/s10865-005-9008-5
Wastell, C. a., & Shaw, T. a. (1999). Trainee teachers’ opinions about suicide. British Journal of Guidance & Counselling, 27(4), 555–565. http://doi.org/10.1080/03069889900760461

Good bye Mac 
 
 

Telegram Channel