16 January 2018

Lawatan Penanda Aras Unit Kaunseling Dari Sekolah Sukan Bukit Jalil








Salam Hari Selasa
Temujanji dari pukul 10 pagi diubah kepada 8. 30 pagi. Takda masalah bagi saya cuma saya seorang jelah yg melayan memandangkan Rozi ada temujanji checkup hospital dan Kak Raudzah ada program lain.
Kehadiran pegawai yg menjaga unit kaunseling Sekolah Sukan Bahagian Sukan KPM iaitu Pn Aisyah untuk mempelajari sesuatu di unit saya, saya terima dgn tangan terbuka. Yelah..tetamu membawa rezeki. Sekolah Sukan Bukit Jalil ke arah sekolah ikon bagi sekolah sekolah sukan di Malaysia maka pelbagai program kecemerlangan unit unitnya dibina untuk menuju ke arah sekolah sukan contoh.
Seronok juga perkongsian hari ini kerana berbeza latar belakang sekolah kami. So saya belajar sesuatu tentang budaya sekolah sukan.
Saya membentangkan mengenai amalan amalan terbaik kami untuk dikongsikan dan sistem pengurusan kami.  Yg mana sesuai , bolehla diambil dan diubahsuai.
Yang membuatkan saya tersenyum dgn perkongsian ini ialah pada penutup program pukul 11.30 pagi iaitu selepas 3 jam sesi berkongsi ini, ialah sewaktu saya menyampaikan cenderamata sekolah saya dan towel selamat hari jadi yg memang diagihkan kpd semua guru sewaktu bulan birthday mereka ialah pegawai yg mengiringi ini iaitu Pn Aisyah terkejut kerana memang hari ini ialah hari lahirnya. ☺. Dan tanpa sengaja dan sangat kebetulan saya orang pertama yg wish birthday dan bagi hadiah kepadanya. Wahhhh...seronok pulak bagi orang lain seronok.









Jemputan pameran inovasi
10 tahun BPSK....

 

Telegram Channel