13 February 2018

Bicara Pengarah Bersama Guru Cemerlang WPKL








Dengan tema merah, AJK Majlis Guru Cemerlang WPKL menganjurkan program bicara profesionalisme pengarah JPWPKL bersama guru cemerlang WPKL. Dihadiri juga oleh Sektor Akademik dari JPN hingga ke PPW.
Dalam majlis ini, sijil penghargaan disampaikan kpd AJK untuk perkhidmatan selama dua penggal. Saya selaku AJK Biro Profesionalisme Majlis Guru Cemerlang WPKL utk sesi 2016 dan 2017. Yg menariknya, ingatkan jadi AJK dah habis tugas dua penggal tetapi menyusul pula surat perlantikan sebagai AJK untuk tahun 2018 bab kata orang..sambung kontrak ..
Program bermula pkl 2.30 ptg dgn taklimat dari Puan Rosiah selaku pegawai meja Guru Cemerlang WPKL mengenai
1) Surat siaran ke sekolah bertarikh 8 Jan 2018 diedarkan ke sekolah mengenai Jadual waktu hari Khamis dikosongkan selepas rehat untuk guru cemerlang memberikan khidmat bantuan kpd sekolah lain. Surat kebenaran keluar dari Sektor Pengurusan Akademik pada waktu bekerja rasmi sahaja dan bimbingan bantuan kepada sekolah lain adalah percuma pada waktu bekerja rasmi.

Penentuan sekolah utk dipantau
1) merosot result SPM atau PT3 3 atau 2 thn berturut turut
2) GPMP subjek merosot
Maka PDCA dijalankan
Plan - plan analisis SWOT. Data mentah persepsi murid
Do- do laksanakan program / tempoh masa/ cara laksana/ tempat
Check - impak keberkesanan/ nilai
Action - standardize/ amalan terbaik/susulan
Laporan
Hantar kpd SPA 3 kali setahun.
1) Data pre and post
2) Output -KPI jangka pendek post mortem
3) Outcome -KPI jangka pjg
4) Kaedah penilaian
5)Kajian impak/ kajian semula
Taklimat Pengerusi Majlis Guru Cemerlang JPWPKL
Takwim 2018
1) 6 Feb  dan 13 April : Mesy
2) 13 feb: Bicara Profesional MGCWPKL
3) 4 - 5 dan 12 April 2018: Bengkel  Bina Item
4) 25 - 27 April seminar MGCWPKL kebangsaan dianjurkan Majlis Guru Cemerlang WPKL dan Selangor.


Bicara Profesional Pengarah Pn Rusni Bt Ab Jalil. 
1) PAK 21
Guru cemerlang perlu mulakan walau sedikit perubahan tetapi perlu digerakkan PAK 21 bukan semata mata hiasan kelas sahaja yg PAK 21 . Guru cemerlang sbg role model dan jemput guru lain utk hadir peer teaching. Pencerapan tak perlu buat subject matter asalkan pencerap faham mengenai ajaran guru tersebut.
2) PLC
Berapa byk kursus? Outcome apa dan output apa. Perlu ada connection pengetua dan guru besar yg gerakkan guru guru supaya proaktif. Guru cemerlang jgn tunggu dan lihat...
Revolusi 4.0 apa yg nak diajar pada murid di zaman digital teknologi
3) Kerjaya
Perlu pekerja yg inovatif. Cabaran dalam kerja. Guru fahamkan PAK 21. Guru cemerlang bantu rakan di sekolah dan Guru Cemerlang perlu sumbangkan pada pendidikan negara mengenai idea baru think without the box
4) Pertandingan Inovasi.
5) Pengalaman
Jujur dan ikhlas dalam bekerja. Jangan laju mengipas untuk naik pangkat. Ganjaran akan datang bersama dengan usaha.
Sedar tak sedar dah cecah pukul 5.45 petang sesi bicara hari ini. Semoga bicara ini memberikan motivasi untuk diri melihat kesungguhan pengarah yg merupakan seorang bekas guru kaunseling yg bakal bersara dgn jawatan gred JUSA. Sangat inspirasi dgn jalan cerita hidupnya..

My hectic day..
Mee goreng mamak for dinner
Penawar perut dan santapan mentalku..



























 

Telegram Channel